KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Peruntukan RM20 juta kepada Jabatan Penjara bagi Program Pembangunan Insan (PPI) menerusi Belanjawan 2021, antaranya, adalah untuk pembinaan Kompleks Tenun Pahang Diraja tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar.
Beliau berkata satu lokasi akan dikenal pasti di Pahang bagi membina kompleks berkenaan yang bakal mengadakan kelas tenunan kepada banduan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi meningkatkan kemahiran vokasional mereka.
Beliau berkata ini adalah sebahagian daripada usaha menubuhkan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Dalam Negeri dalam melahirkan banduan berkemahiran vokasional.
“Bengkel-bengkel di setiap penjara yang berkait dengan Tenun Pahang Diraja, songket dan batik juga akan ditambah baik,” katanya kepada Bernama.
Menurut Zulkifli, selain menambah baik infrastruktur dan membaik pulih bengkel serta mesin, pihaknya juga akan memperkasakan persijilan banduan dalam bidang songket dan daster (tenun Pahang Diraja) serta batik bagi mengekalkan warisan fabrik tradisional itu.
Dalam pada itu, Zulkifli menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih ke atas kesudian Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerima lantikan sebagai Penaung Diraja produk My Pride keluaran Jabatan Penjara.
“Diharap banduan dapat menggunakan peluang ini untuk membuktikan mereka mampu bangkit semula untuk menyumbang jasa bakti kepada negara," katanya.
Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Jumaat, memperuntukkan RM20 juta kepada Jabatan Penjara bagi melaksanakan PPI untuk banduan.
Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Kamarudin Mohd Rapiq berkata peruntukan RM153 juta dalam Belanjawan 2021 akan digunakan bagi menambah baik kemudahan di pusat-pusat latihan RELA serta modul latihan dan kursus keupayaan penugasan anggota yang semakin kompleks.
Katanya, langkah itu membolehkan lebih ramai anggota RELA menjalani latihan sekali gus memperkasakan pasukan RELA dalam membantu agensi penguatkuasaan lain daripada aspek keselamatan.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel