BERITA

Operator fasiliti sukan perlu penyelesaian jangka panjang



KUALA LUMPUR, 8 Nov  -- Operator fasiliti sukan di negara ini yang terjejas teruk oleh penularan COVID-19  memerlukan penyelesaian jangka panjang bagi membantu kelangsungan perniagaan mereka.

Menurut beberapa pengendali yang dihubungi Bernama,  peruntukan RM20 juta sebagai pinjaman mudah di bawah skim Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional Sukan yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 hanya memberi kelegaan sementara.

Selain kos operasi yang tinggi, rata-rata pengendali padang komersial ini berkata mereka antara lain memerlukan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih jelas dan seragam.

Ketua Pegawai Eksekutif Enervive Sdn Bhd Khairulnizam Bakeri berkata perbezaan SOP di antara  kerajaan persekutuan dan Selangor menyebabkan kekurangan pengunjung di fasiliti sukan negeri itu.

Beliau seterusnya menyarankan agar Kementerian Belia dan Sukan mengadakan pertemuan secara berterusan dengan operator fasiliti bagi mencari penyelesaian jangka panjang untuk membantu industri sukan terus “bernafas” ketika penularan COVID-19 ini.

-- LAGI

Pandangan sama turut disuarakan Pengarah Arena Legacy Sdn Bhd Nadzry Abu Bakar yang melihat pinjaman mudah itu tidak dapat mengatasi sepenuhnya kerugian besar yang ditanggung syarikat.

“Apa yang kita harapkan ketika ini ialah kita dapat beroperasi seperti biasa demi memastikan kelangsungan perniagaan kami.

“Ketika pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sebelum ini kami kerugian hampir RM2 juta dan sekarang kami masih mengalami kerugian kerana pelaksanaan PKPB (PKP Bersyarat), cuma tidaklah sebesar ketika PKP,” katanya.

Beliau turut mendedahkan ketika ini syarikatnya menanggung kos operasi lima padang hampir RM100,000 sebulan menggunakan simpanan yang juga hampir habis.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel