KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Belanjawan 2021 disifatkan sebagai belanjawan prihatin bukan sahaja kepada golongan wanita, tetapi juga sebagai inisiatif membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.
Belanjawan itu antara lain bakal memanfaatkan seramai 49,951 klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor, menerusi kenaikan kadar antara RM50 hingga RM150 mengikut kategori tertentu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Zaiton Ismail berkata pada masa ini JKM Johor membelanjakan hampir RM16 juta setiap bulan, untuk diberikan kepada mereka yang terbabit.
Selain kadar bantuan orang kelainan upaya (OKU) tidak berupaya bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan, kadar Bantuan Warga Emas dan Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar turut dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 menerusi Belanjawan 2021.
Bagi kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin pula, ia turut dinaikkan daripada RM100 bagi seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga, kepada RM150 untuk seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang bagi anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga.
Sementara itu, peruntukan dana sebanyak RM100 juta kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta pemfokusan terhadap golongan wanita, disifatkan cakna rakyat tatkala berdepan masalah global Pandemik COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ihsan Johor Farrah Faridah Baptist menyifatkan pembiayaan mikro kredit khas melalui Tekun, Mara dan AgroBank, yang dikhususkan kepada golongan wanita tepat pada masanya dalam usaha memperkasakan usahawan wanita.
“Peruntukan sebanyak RM21 juta bagi penubuhan Pusat Sokongan Sosial Setempat, mampu menjadi rujukan bagi wanita golongan yang teraniaya seperti berdepan isu penceraian, keganasan rumah tangga dan sebagainya, kerana kebanyakan mereka ini tidak tahu di mana untuk mendapat rujukan,” katanya.
Pengasas Persatuan Pemerkasaan Wanita Intelektual Johor (JEIWA) Nor Fadilah Mohamed Nizar pula berkata pelbagai program sedang dan telah dirangka bagi memperkasakan wanita, khususnya mereka dalam kalangan profesional yang pernah berdepan dengan isu keganasan domestik dan kini berazam memulakan kehidupan baru.
Bagi Zairihan Zainuddin, 44, ibu tunggal dengan pendapatan tukang jahit yang tidak tetap, kini boleh menarik nafas lega sebaik mengetahui pelbagai inisiatif yang bakal diperolehi, termasuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin, Program Jaringan PRIHATIN dan Bantuan Bayaran Bersasar.
“Sebagai ibu tunggal yang perlu membesarkan lima orang anak dengan pendapatan terjejas akibat kurang menerima tempahan baju dan pakaian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bantuan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada saya menanggung keluarga dan membayar pinjaman,” katanya.
BPR yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) melibatkan peruntukan berjumlah RM6.5 bilion yang dijangka memanfaatkan 8.1 juta orang.
Pada pembentangan Belanjawan 2021 di bawah BPR, isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan RM1,200, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima sebanyak RM1,800.
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak pula akan menerima bantuan sebanyak RM800, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima RM1,200.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel