KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) yang akan diwujudkan kerajaan akan dapat membantu Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), menetapkan arah dan hala tuju pengurusan wakaf lebih sistematik, kata Ketua Pengarahnya Ruslan Said.
Beliau berkata PIWN akan bertindak sebagai rangka kerja untuk menggerakkan dan membimbing semua pihak berkepentingan, termasuk agensi kerajaan, swasta dan masyarakat dalam pengurusan dan pentadbiran wakaf.
“Langkah awal telah dibuat JAWHAR dengan mengadakan beberapa sesi perbincangan meja bulat bersama barisan panel pakar dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan PIWN akan diwujudkan, bagi memastikan pengurusan wakaf lebih cekap dan dapat memaksimumkan mobilisasi aset wakaf pada masa hadapan.
Mengulas lanjut, Ruslan berkata PIWN juga bertujuan menyediakan platform perkongsian bagi menjamin kualiti, memastikan undang-undang, garis panduan dan arahan berkaitan wakaf dipatuhi, selain menggalakkan penyelidikan dan pembangunan wakaf untuk mewujudkan peluang ekonomi kepada umat Islam.
Ia menurutnya merupakan inisiatif transfomasi lima tahun, yang dirangka untuk mengubah Malaysia menjadi negara berwibawa dengan pemikiran serba baharu dalam pelaksanaan wakaf.
“JAWHAR amat optimis dalam usaha meningkatkan dana wakaf Negara. Perkhidmatan wakaf untuk semua pemegang unit Amanah Saham Nasional Berhad yang diperkenalkan kerajaan, sangat bertepatan dengan usaha menggalakkan orang ramai untuk berwakaf melalui pelbagai platform.
“Secara tidak langsung, banyak lagi pembangunan di atas tanah wakaf dapat dilaksanakan dengan lebih berkualiti dan berimpak tinggi,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel