KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Lebih banyak projek pembangunan akan dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar merangkumi infrastruktur dan juga ekonomi serta modal insan, menerusi peruntukan RM10.19 bilion di bawah Belanjawan 2021, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.
Beliau berkata ini seterusnya dapat menyokong pembangunan sosioekonomi serta mewujudkan persekitaran kehidupan luar bandar yang sejahtera seperti mana digariskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030.
"Jumlah peruntukan kepada kementerian meliputi RM3.533 bilion peruntukan mengurus dan RM6.657 bilion peruntukan pembangunan, yang mana jumlah ini adalah RM431 juta atau 4.42% lebih tinggi daripada peruntukan 2020.
"Jumlah peruntukan ini boleh dianggap besar terutamanya dalam keadaan ekonomi negara yang masih lagi terkesan oleh penularan wabak COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya kementerian akan memastikan peruntukan tersebut dibelanjakan dengan sebaik-baiknya ke atas program atau projek yang telah dirancang untuk kesejahteraan penduduk luar bandar.
"... perancangan ini akan meneruskan kesinambungan inisiatif keprihatinan kerajaan demi membantu rakyat dalam waktu sukar ketika pandemik COVID-19," katanya.
Beliau berkata pembangunan Orang Asli juga tidak dipinggirkan dengan peruntukan sebanyak RM236.2 juta yang meliputi pembangunan infrastruktur, ekonomi dan modal insan serta pengukuran tanah bagi penandaan sempadan untuk memperkasa komuniti berkenaan.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel