KOTA KINABALU, 8 Nov -- Belanjawan 2021 yang dibentang Jumaat lepas bakal memainkan peranan penting dalam usaha memulih serta mengukuhkan tahap sosio-ekonomi rakyat negeri ini pasca pandemik COVID-19 tahun depan.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Sabah Shahelmy Yahya berkata belanjawan itu dilihat memberi banyak penekanan terhadap kumpulan rentan, bagi membantu mereka dalam menghadapi cabaran dibawa COVID-19.
Beliau berkata melalui belanjawan itu ekonomi negeri dan negara yang terjejas akibat COVID-19 akan dapat dibangunkan lebih berkesan tahun hadapan, yang seterusnya membawa kepada limpahan ekonomi untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi rakyat.
“Pelbagai peruntukan bagi kumpulan peniaga, belia dan wanita amat membantu dalam usaha ini seperti Geran Khas Prihatin Tambahan kepada peniaga, pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong Sabah,” katanya kepada Bernama.
Jumaat lepas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat bertemakan 'Teguh Kita, Menang Bersama' melibatkan peruntukan RM322.5 bilion.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, rakyat Sabah yang terlibat dalam sektor pelancongan merupakan antara kumpulan terkesan akibat COVID-19, dengan tiada kemasukan pelancong dalam atau luar negara ke negeri ini.
“Sebelum ini gerai-gerai di negeri ini meriah dengan pelancong dalam dan luar negara, namun kini ia hanya sekadar menjadi penghias di kawasan pelancongan, syukur adanya Geran Khas Prihatin Tambahan mereka yang hilang pendapatan dapat dibantu,” katanya.
Katanya dengan peruntukan RM50 juta bagi menyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pelancongan seluruh negara, infrastruktur pelancongan uzur seperti di Pusat Pemulihan Orang Utan di Sepilok dan Taman Pulau-pulau Penyu, Sandakan dapat dipulihkan, bagi menarik lebih ramai pelancong.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel