ALOR SETAR, 8 Nov -- Pihak kerajaan atau pembangkang bebas untuk membahaskan Belanjawan 2021 di Parlimen, jika mempunyai sebarang pertikaian mengenainya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata tempoh selama lapan hari diperuntukkan kepada Ahli-Ahli Parlimen membahaskan inti pati Belanjawan 2021 di peringkat dasar manakala 11 hari lagi untuk perbahasan di peringkat jawatankuasa.
"Jadi sampai 15 Dis ini, Ahli-Ahli Parlimen bebas untuk membahaskan belanjawan ini," katanya kepada pemberita selepas bertemu Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan peruntukan sebanyak RM81 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang disifatkan sebagai satu pembaziran.
Katanya bagaimanapun, Belanjawan 2021 dilihat sebagai satu belanjawan yang 'luar biasa,' sesuai dengan norma baharu dan perlu diterima oleh semua pihak.
Setiausaha Agung PAS itu berkata tidak ada sebab untuk mana-mana pihak menolak Belanjawan 2021 kerana apa yang terkandung di dalamnya tidak boleh sama sekali dibandingkan dengan belanjawan sebelum ini.
"Bajet ini tidak boleh dibanding dengan bajet waktu biasa (sebelum pandemik) kerana sekarang keutamaan kerajaan bukan sahaja kepada hidup tapi kehidupan, ia melibatkan ekonomi dan sebagainya, jadi banyak yang berbentuk bantuan dan memang kita tak harap dapat pulangan daripadanya," kata beliau.
Semalam, Angkatan Muda Keadilan Sabah meluahkan rasa terkilan apabila JASA diwujudkan semula dengan pemberian peruntukan sehingga 270 peratus lebih daripada peruntukan dahulu di era pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Ketua Penerangannya, Razeef Rakimin dilaporkan berkata peruntukan kepada JASA itu dilihat sebagai satu pembaziran ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa setakat ini, tiada penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula esok.
Beliau berkata pihaknya sudah merujuk perkara itu kepada Majlis Keselamatan Negeri namun masih belum mendapat arahan sama ada tempoh atau hari persidangan perlu dipendekkan atau sebaliknya namun prosedur operasi standard (SOP) seperti mengehadkan kehadiran akan dipatuhi seperti sebelum ini.
Sidang DUN Kedah, yang akan menyaksikan pembentangan Belanjawan Negeri 2021, dijadual bermula dari 15 hingga 19 Nov ini.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel