BERITA

Ibu tunggal terima banyak manfaat di bawah Belanjawan 2021



SEREMBAN, 9 Nov  -- Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia yang layak, terutama golongan ibu tunggal dan mereka yang hilang pekerjaan.

Nur Shafura Abd Rahim, 36, yang berpisah dengan suami dua tahun lepas, merasa gembira dengan bantuan itu, lebih-lebih lagi selepas dia diberhentikan kerja sejak sebulan lepas berikutan pandemik COVID-19.

Bekas pengurus syarikat kontraktor itu berkata bantuan BPR berjumlah RM1,800 boleh digunakan untuk menyara dua anaknya berusia tiga dan 10 tahun buat sementara waktu sebelum berjaya mendapat pekerjaan lain.

“Alhamdulillah, kerajaan banyak membantu orang yang dalam kesusahan seperti saya ini yang diduga dengan pelbagai masalah terutama kehilangan pekerjaan baru-baru ini. Bantuan sebegini dapat mengurangkan kos perbelanjaan khususnya membeli barangan keperluan anak-anak,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Selain BPR, Nur Shafura yang sebelum ini berulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur, akan menerima kemudahan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dan mendapat manfaat daripada Program Jaringan PRIHATIN bagi mendapat kemudahan Internet sebanyak RM180.

Nur Shafura juga akan menerima kemudahan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang menawarkan tempoh pemberian Elaun Mencari Pekerjaan dilanjutkan selama tiga bulan untuk tahun depan selain Bantuan Pembayaran Bersasar yang membolehkannya membuat pilihan menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan. 

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel