BERITA

Belanjawan 2021 beri impak besar pada ekosistem penyelidikan negara



JOHOR BAHRU, 9 Nov  -- Peruntukan RM14.4 bilion yang disalurkan oleh kerajaan bagi tujuan penyelidikan menerusi Belanjawan 2021 dilihat dapat memberikan impak yang besar kepada keseluruhan ekosistem penyelidikan negara.

Dengan kenaikan 13.15 peratus daripada peruntukan yang diterima sebelum ini, ia diharap dapat memartabatkan perkembangan sains dan teknologi di negara ini, kata Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.

Ahmad Fauzi yang kini menjalankan fungsi Naib Canselor itu berkata daripada lapan inisiatif utama belanjawan yang dibentangkan, terdapat beberapa inisiatif yang khususnya menggalakkan bidang penyelidikan.

“Inisiatif-inisiatif ini juga merupakan antara usaha kerajaan dalam membantu universiti awam untuk sentiasa cemerlang bagi memastikan hasil penyelidikan dapat dikongsi bersama masyarakat luar dan dalam Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Satu daripada inisiatif yang dilihat akan memberi impak besar adalah inisiatif bagi sains, teknologi dan inovasi apabila kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM400 juta bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

"Kerajaan juga menyokong usaha 20 universiti awam tempatan dengan menyediakan inisiatif penggalakkan cukai bagi aktiviti pengkomersialan hasil R&D berasaskan bukan sumber. Ia turut akan diperluaskan kepada semua institusi pengajian tinggi swasta dalam usaha untuk memperkasakan lagi ekosistem penyelidikan di Malaysia," kata beliau.

Ahmad Fauzi juga berkata apa yang lebih menarik berkaitan belanjawan kali ini adalah perhatian kerajaan berkenaan kemudahan infrastruktur dan juga peralatan penyelidikan sedia ada yang rata-ratanya telah berada dalam keadaan usang dan memerlukan penyelenggaraan.

"Oleh itu, dengan adanya peruntukan RM50 juta bagi projek membaik pulih infrastruktur dan peralatan usang di universiti awam, ia dilihat dapat membantu memperkasakan lagi kemudahan penyelidikan di Malaysia," tambah beliau.

Selain itu, dasar Industry4WRD juga turut diberi penekanan oleh kerajaan dengan memperuntukkan RM20 juta bagi program Malaysia Techlympics dan Science Space yang akan berfokus kepada bidang kecerdasan buatan (AI) dan robotik dalam kalangan belia dan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan selaras dengan revolusi IR 4.0 (Revolusi Industri ke-4).

Beliau percaya dengan pelbagai inisiatif yang telah dikemukakan oleh kerajaan bagi membantu dalam konteks penyelidikan, pastinya akan melahirkan warga penyelidik serta merancakkan lagi pelan penyelidikan negara yang lebih bermanfaat selaras dengan keperluan negara.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel