BERITA

Peruntukan Belanjawan akan digunakan sebaik-baiknya bagi manfaat pekebun, pengusaha nanas



JOHOR BAHRU, 9 Nov  --  Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akan memastikan peruntukan RM42.39 juta daripada Belanjawan 2021 yang diumumkan kerajaan pada Jumaat digunakan sebaik-baiknya bagi pelaksanaan program dan projek yang telah dirancang untuk manfaat pekebun dan pengusaha nanas di seluruh negara.

Pengerusinya Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata LPNM akan turut memastikan segala perancangan program atau projek yang telah disusun akan dilaksanakan dengan sempurna serta memberi impak kepada golongan sasar.

Katanya, ia sekali gus dapat memastikan misi dan visi LPNM dalam membangunkan industri nanas negara ke tahap yang lebih tinggi akan tercapai.

"LPNM menyokong usaha yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Menteri Kewangan  (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) menerusi Belanjawan 2021 untuk memastikan ketahanan ekonomi negara terus diperkukuhkan di saat negara dan dunia mengalami ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain peruntukan RM42.39 juta yang terdiri daripada belanjawan mengurus dan pembangunan, beliau berkata LPNM dijangka mendapat bajet tambahan melalui pelaksanaan projek pertanian berimpak tinggi bagi tanaman nanas melibatkan sektor pertanian dan penternakan berimpak tinggi di Johor dan Negeri Sembilan.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel