BERITA

Belanjawan: Kerajaan nafi tiada peruntukan sekolah vernakular - Saravanan

Datuk Seri M Saravanan

KUALA LUMPUR, 9 Nov  -- Dakwaan bahawa sekolah vernakular dipinggirkan dalam peruntukan Belanjawan 2021 adalah tidak benar, demikian tegas Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata peruntukan khas bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil dan SJK Cina walaupun tidak dinyatakan ketika pembentangan Belanjawan, sebenarnya terkandung dalam peruntukan Kementerian Pendidikan.

"Sebelum ini, kerajaan setiap tahun memperuntukkan peruntukan khas pembangunan sekolah-sekolah Cina dan Tamil berjumlah RM50 hingga RM100 juta, dan kali ini kita lihat (dalam pembentangan) tiada peruntukan sehingga masyarakat tidak berpuas hati.

“Pagi ini, saya telah berbincang dengan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) dan Menteri Kanan Pendidikan (Dr Radzi Jidin) dan mereka telah mengesahkan penukaran pendekatan.

"Dalam pembentangan Belanjawan sebelum ini, pengumuman (peruntukan) Sekolah Kebangsaan, SJKT dan SJKC diletakkan secara berasingan, tetapi kali ini semuanya diletakkan di bawah (peruntukan) Kementerian Pendidikan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Tengku Zafrul dalam pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lalu mengumumkan Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar iaitu RM50.4 bilion atau 15.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata Menteri Kanan Pendidikan akan mengumumkan pecahan peruntukan secara terperinci untuk setiap jenis sekolah di negara ini dalam masa terdekat.

"Maka, saya minta masyarakat India bersabar sehingga pengumuman dibuat oleh Menteri Pendidikan," katanya.

-- BERNAMA  

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel