BERITA

Belanjawan 2021 tidak menganaktirikan Sarawak - Rohani

Datuk Seri Rohani Abdul Karim

KUALA LUMPUR, 9 Nov  -- Belanjawan 2021 yang dibentang di Dewan Rakyat Jumaat lepas tidak 'menganaktirikan' Sarawak, malah dapat membantu Bumi Kenyalang itu membuat persediaan menjadi negeri maju menjelang 2030.

Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) berkata Sarawak turut memperoleh jumlah peruntukan besar yang tidak secara langsung seperti diumum Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Antaranya menurut Rohani, Sarawak mendapat semula peruntukan untuk penyukatan perimeter Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang dihentikan dalam Belanjawan 2020 yang lalu.

"Sarawak turut mendapat peruntukan besar yang memberi manfaat terus kepada golongan sasar iaitu seperti peruntukan kebajikan untuk golongan penerima bantuan bulanan serta peruntukan yang disalurkan kepada usahawan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

"Bukan itu sahaja, Sarawak turut mendapat agihan menerusi peruntukan yang disalur melalui kementerian-kementerian lain...Oleh yang demikian, bagi saya, tidak timbul isu Sarawak dianaktirikan, bahkan kesemua peruntukan ini akan dapat membantu Sarawak membuat persediaan menjadi negeri maju menjelang tahun 2030," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan) di Dewan Rakyat hari ini.

Tengku Zafrul ketika membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat memperuntukkan Sarawak perbelanjaan pembangunan sebanyak RM4.5 bilion yang antaranya untuk membina dan menaik taraf infrastruktur air, elektrik dan jalan raya, kemudahan kesihatan serta pendidikan.

Sementara itu, Rohani berkara pengumuman kerajaan untuk memperluaskan perkhidmatan bank bergerak di Sabah dan Sarawak seperti yang dilaksanakan kerajaan negeri Sarawak sebelum ini adalah satu langkah yang cukup prihatin.

"Seperkara tentang bank bergerak yang telah diumumkan, realiti apa yang berlaku di Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar, mereka perlu beratur panjang di bank untuk mendapatkan wang bantuan ekoran kekurangan perkhidmtan bank di kawasan itu.

"Ada yang sanggup menunggu dan tidur di luar bank seawal  4 pagi bagi mengelak beratur di kawasan yang panjang," katanya.

Ketika membentangkan perkara itu Jumaat lepas, Tengku Zafrul berkata langkah itu dapat membantu masyarakat yang sukar mendapat akses perbankan asas seperti pemindahan wang, pembayaran bil dan kemudahan mengeluarkan wang bantuan kerajaan seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel