BERITA

Ahli Parlimen blok kerajaan mahu Belanjawan 2021 benar-benar bantu rakyat terjejas



KUALA LUMPUR, 9 Nov  -- Ahli Parlimen blok kerajaan berharap segala bentuk kemudahan yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 benar-benar dapat membantu golongan yang terjejas dengan pandemik COVID-19. 

Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) berkata ini kerana pernah berlaku sebelum ini apabila pihak terbabit ingin mendapatkan bantuan atau kemudahan daripada pihak bank, mereka tidak boleh memperolehnya.

"Betul ada macam-macam kemudahan tapi realitinya bila peniaga jumpa pihak bank, boleh atau tidak kumpulan ini mendapatkan perkhidmatan seperti yang disebutkan. 

"Sebab kita sedar bila orang berniaga ni bank tidak akan layan kalau dia nak buat pinjaman di bank melainkan dia sudah ada satu bentuk dana yang lebih besar untuk dia tunjuk kepada bank. Ini satu perkara pada saya sangat memerlukan penjelasan yang jelas daripada kerajaan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata ramai pihak yang terjejas akibat COVID-19 terutama sektor pelancongan, pembuatan, makanan dan minuman serta sektor lain yang sangat memerlukan bantuan kewangan dalam waktu sukar itu.

Mahdzir berpandangan sistem penyampaian sedia ada perlu dinilai semula seiring dengan situasi negara yang berdepan dengan pandemik supaya semua bentuk belanjawan yang hendak disalurkan sampai kepada golongan sasar.

Dalam pada itu, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) meminta kerajaan memberi tumpuan kepada golongan seperti petani, penternak, usahawan industri kecil dan sederahana (IKS) termasuk usahawan persendirian dalam memberikan sumbangan dan tunjuk ajar melalui agensi kerajaan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang.

"Dalam situasi sekarang ini, saya yakin sektor pertanian boleh jaga ekonomi negara jadi sekiranya kerajaan meletakkan komitmen yang tinggi kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan agensi seumpamanya saya yakin mereka mampu jana kekuatan ekonomi dan kekuatan ekonomi melalui pertanian saya kira kekuatan yang sangat teguh,” katanya.

Nik Muhammad Zawawi turut menekankan bahawa kerajaan juga perlu membimbing dan memberi bantuan serta sokongan sewajarnya kepada generasi muda untuk menceburi bidang pertanian. 

Sementara itu, seorang Ahli Parlimen blok pembangkang Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) meminta kerajaan memberikan kelonggaran berhubung pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Bantuan RM500 sebulan yang dibenarkan itupun untuk 12 bulan dan untuk golongan tertentu. Sejauh mana RM500 ini boleh membantu, nak bayar sewa rumah, nak bayar sewa kereta, beli makan minum,” katanya. 

Persidangan dewan bersambung esok.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel