BERITA

Sokong jika benar-benar Belanjawan untuk kekang COVID-19 - Ketua Pembangkang

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Nov  -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2021 hanya akan disokong jika ia benar-benar belanjawan untuk membantu rakyat menghadapi pandemik COVID-19 dan mengekang wabak itu.

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menumpukan usaha untuk menangani COVID-19 dengan meminggirkan peruntukan bagi projek-projek mega.

Beliau yang juga Presiden PKR turut mencadangkan agar peruntukan RM19 bilion untuk pembangunan dipindahkan kepada Kumpulan Wang COVID-19.

"Ini kita minta kerajaan teliti semula, belanjawan ini seperti yang dipersembahkan (kepada) Yang di-Pertuan Agong ialah Belanjawan COVID-19 tetapi Kumpulan Wang COVID-19 hanya 5.3 peratus daripada RM322.5 bilion itu.

"Kita akan hanya sokong jika benar ia (Belanjawan) COVID-19, maka saya usulkan supaya Menteri Kewangan teliti cadangan Ahli Parlimen yang lain supaya hal COVID-19 diberi perhatian. Kita hanya akan sokong Belanjawan COVID-19, tidak yang lain,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan) di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar turut menyentuh mengenai isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelanjutan moratorium yang termasuk dalam tuntutan Pakatan Harapan (PH) dan perlu diberi perhatian kerana ia adalah bantuan untuk rakyat meminimumkan impak akibat pandemik COVID-19.

“Seperti saya sebut soal KWSP dan moratorium, ini soal serius… kalau mahu kita pertimbang untuk luluskan belanjawan, hal-hal ini mesti diberikan perhatian utama, kalau tidak belanjawan tidak dapat diluluskan," katanya.

Beliau mahu kerajaan menimbang semula jumlah RM500 pengeluaran KWSP yang disifatkan tidak munasabah untuk golongan B40 meneruskan hidup mereka.

"Saya cadangkan jumlah ini ditambah kerana jika ditambah ia hanya melibatkan RM4 bilion dan kita ada keupayaan," katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut meminta kerajaan membatalkan cadangan untuk mengembalikan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan peruntukan RM85.5 juta untuk tujuan itu disalur kepada kegunaan barisan hadapan bukan anggota kesihatan.

"Saya simpati dengan Menteri Kewangan, dia bukan orang politik, tetapi dia tulis saja, sebagai sahabat kita simpati… batalkan jelah," katanya.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel