KUALA LUMPUR, 9 Nov -- Kumpulan teknologi harta tanah Asia Juwai IQI menjangka pembeli rumah kali pertama meningkatkan bahagian pasaran mereka sebanyak lima mata peratusan di bawah Belanjawan 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kashif Ansari berkata ia akan memberikan bahagian pasaran paling tinggi bagi mereka.
“Ketika ini pembeli rumah kali pertama menyumbang 28 peratus daripada penjualan rumah subsale (rumah sekunder) dan 35 peratus daripada pembelian projek baharu. Data itu diperoleh daripada Kaji Selidik dan Indeks Hartanah Malaysia kami bagi suku ketiga 2020.
“Belanjawan ini merupakan yang terbaik bagi pembeli rumah kali pertama dan rakyat Malaysia berpendapatan sederhana dan rendah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kashif berkata kadar pemilikan rumah yang tinggi akan membawa kepada jaminan kewangan dan harta bagi keluarga muda dalam dekad akan datang.
Sementara itu, beliau yang memetik kaji selidik tersebut berkata industri menjangka harga kediaman turun 4.8 peratus pada tahun depan sebelum meningkat semula susulan pertumbuhan ekonomi yang kukuh untuk mencatatkan kenaikan 10.6 peratus dalam tempoh 24 bulan akan datang.
“Di bawah belanjawan yang dicadangkan, anda mungkin melihat kadar lantai harga purata yang mengehadkan penurunan kepada tiga atau empat peratus,” katanya.
Selain itu, katanya, industri hartanah juga menunggu rancangan baharu kerajaan bagi skim Malaysia Rumah Keduaku.
“Kami berharap kerajaan akan melancarkan semula program bagi menjadikan proses kelulusan lebih pantas dan menarik kepada pembeli asing yang berharap untuk menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka,” katanya.
Kashif berkata kerajaan menumpukan kepada dasar yang akan banyak membantu pembeli rumah kali pertama dalam Belanjawan 2021.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel