BERITA

Belanjawan 2021 beri perhatian pada semua terlibat dalam sektor pelancongan

Datuk Seri Nancy Shukri

KUALA LUMPUR, 9 Nov -- Belanjawan 2021 yang inklusif, menyentuh penglibatan pelbagai pihak menyumbang kepada rantaian ekonomi berkaitan sektor pelancongan dilihat mampu merancakkan kembali sektor berkenaan yang terkesan teruk akibat COVID-19.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata rantaian ekonomi dalam industri pelancongan seperti penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman, agensi pelancongan, aset-aset warisan seni dan budaya serta pengurusan acara di negara ini perlu diberi perhatian.

“MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) yakin kesungguhan kerajaan dalam memastikan matlamat kedua (Belanjawan 2021) iaitu kelangsungan perniagaan menerusi strategi memperkukuh sektor-sektor tumpuan khususnya kelangsungan industri pelancongan menjadi suntikan kepada semua yang terlibat dalam pertumbuhan sektor pelancongan, seni dan budaya di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nancy berkata perhatian kerajaan itu secara tidak langsung membolehkan lebih ramai pihak menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan, seni dan budaya serta merancang strategi yang lebih mampan dan berdaya saing.

Ketika membentangkan Belanjawan 2021 Jumaat lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz antara lain mengumumkan penyediaan program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan syarikat penerbangan di Malaysia dengan peruntukan RM50 juta.

Selain itu, peluang pekerjaan bakal disediakan kepada 500 orang daripada komuniti setempat dan Orang Asli sebagai jurupandu pelancong di semua taman negara bagi merancakkan ekopelancongan. Sejumlah RM50 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pelancongan di seluruh negara.

Nancy turut menyambut baik peruntukan RM100 juta kepada pihak berkuasa pembangunan wilayah terutama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar serta Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah bagi melengkapkan kemahiran baharu kepada tenaga kerja yang terkesan berikutan penutupan sempadan.

“Ini dapat melengkapkan kemahiran baharu kepada tenaga kerja yang terjejas teruk akibat penutupan sempadan bagi pelancong asing mampu membantu mereka mendapat peluang kerja atau sumber pendapatan baharu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) Uzaidi Udanis berpandangan peruntukan kerajaan dalam Belanjawan 2021 bagi membaik pulih dan menyelenggara infrastruktur bangunan warisan sebagai tepat pada masanya. 

Beliau berkata ketiadaan pelancong akibat pandemik COVID-19 membantu mempercepatkan lagi usaha berkenaan sekali gus memastikan bangunan warisan negara kekal terpelihara.

"Contohnya, lihat sahaja candi Angkor Wat di Kemboja dan Istana Buckingham di London yang walaupun kini tiada pelancong, bangunan warisan itu tetap dinaik taraf. Inilah masa yang sesuai untuk melakukannya kerana ketiadaan pelancong. Sekiranya dilakukan ketika ramai pelacong, ia akan mengganggu dan menakutkan pelancong," katanya pada sidang media hari ini. 

Uzaidi berkata MTC akan menganjurkan Malaysia Tourism Gold Summit 2020 yang pertama secara dalam talian bermula 11 hingga 13 Nov menerusi laman sesawang http://www.MTCSummit bagi memperkasakan semula industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

"Melalui acara ini, kita boleh berkongsi pendapat dan mendapat maklum balas daripada semua pemain industri mengenai keadaan sebenar industri pelancongan yang dianggap kritikal pada masa ini. Ini antara usaha membina semula rangkaian bagi mewujudkan peluang-peluang baharu dalam menghidupkan kembali industri pelancongan negara yang terjejas akibat pandemik," katanya. 

Berbeza dengan Nancy dan Uzaidi, Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang berkata belanjawan itu kurang sokongan untuk menetapkan hala tuju pemulihan bagi industri pelancongan pada 2021 dan seterusnya.

Beliau yang menyambut baik peruntukan RM50 juta untuk pengambilan dan memberi kemahiran kepada 8,000 kakitangan syarikat penerbangan, bagaimanapun berpendapat sokongan terhadap pekerja yang diberhentikan itu haruslah komprehensif, inklusif dan diperluas kepada pekerja yang terjejas di seluruh industri pelancongan.

Tan juga mengulangi saranan persatuan kepada kerajaan supaya menilai semula dan memberikan sokongan yang jauh lebih baik kepada industri pelancongan.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel