BERITA

Belanjawan 2021 melambangkan pendekatan akar umbi, kata penggiat industri



KUALA LUMPUR, 9 Nov -- Penggiat industri menyambut baik pendekatan akar umbi dalam Belanjawan 2021 yang memenuhi keperluan semasa semua rakyat Malaysia selain memberikan kepentingan yang sama terhadap pemulihan ekonomi.

Pengarah Urusan VentureTECH Dr Norida Abd Rahman berkata sebagai syarikat pelaburan untuk industri dengan nilai tambah tinggi dan industri baharu, ia mengalu-alukan peruntukan belanjawan sebanyak RM4.6 bilion untuk memacu perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKSM) dan industri Bumiputera.

“Peruntukan itu, walaupun agak kecil, perlu dipuji berdasarkan kekangan semasa kerajaan berikutan inisiatif itu akan meringankan beban perniagaan, dan yang lebih penting, membantu mengekalkan pekerjaan dalam tempoh sukar ini.

“Keutamaan kami ialah mewujudkan atau mengekalkan pekerjaan sebagai penyelesaian segera hingga jangka panjang untuk pertumbuhan dan kemampanan sosioekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini, VentureTECH telah membina 20 pemimpin teknologi Bumiputera dalam industri dengan nilai tambah tinggi, menjana pekerjaan Bumiputera berkemahiran tinggi, menggalakkan inovasi dan menjalin kerjasama strategik untuk syarikat penerima pelaburan syarikat, kata Norida.

Sementara itu, Funding Societies Malaysia, yang menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada PKS, menyambut baik pengiktirafan kerajaan untuk pertumbuhan industri pembiayaan antara rakan setara (P2P) hampir RM1 bilion dalam peluang pembiayaan PKS.  

Pengasas Bersama dan dan Ketua Pegawai Eksekutif Wong Kah Meng berkata digabungkan dengan tempoh yang agak singkat, lebih banyak PKS akan mendapat manfaat daripada RM50 juta secara pelaburan padanan untuk platform P2P oleh kerajaan.

“Ini tepat pada masanya berdasarkan cabaran yang dihadapi oleh perniagaan tempatan untuk memastikan mereka dapat merapatkan aliran tunai jangka pendek mereka daripada tempoh kredit invois,” katanya.

Sementara itu, National Tech Association of Malaysia (Pikom) melihat pengumuman Belanjawan 2021 sebagai kesinambungan kepada program yang sedang dilaksanakan untuk membolehkan ekonomi yang dilanda pandemik pulih.

Pengerusi Pikom Danny Lee berkata persatuan menyambut baik RM27 juta yang diperuntukkan kepada CyberSecurity Malaysia untuk meningkatkan kawalan keselamatan siber negara.

“Peruntukan belanjawan sebanyak RM100 juta untuk Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi memudahkan peralihan bakat tenaga kerja sedia ada dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi akan melengkapkan program Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dilaksanakan sehingga 2022.

“Di bawah program itu, Pikom membawa bersama 100 syarikat anggota dan penyedia latihan untuk menjalankan lebih 13 program berkaitan teknologi untuk pekerja baharu bagi memenuhi permintaan industri,” katanya dalam kenyataan.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel