BERITA

Belanjawan 2021 bantu penuhi keperluan rakyat, aktifkan semula ekonomi - IRDA



JOHOR BAHRU, 9 Nov -- Tumpuan Belanjawan 2021 kepada individu dan perniagaan kecil akan membantu memenuhi keperluan harian rakyat serta mengaktifkan semula ekonomi tempatan, kedua-duanya sangat penting dalam memastikan Malaysia dapat mengatasi pandemik COVID-19, kata Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim berkata inisiatif seperti melatih semula pekerja yang terjejas teruk akibat penutupan pintu sempadan dapat membantu mereka mendapat pekerjaan baharu atau sumber pendapatan baharu. 

"Selain strategi untuk mewujudkan pekerjaan baharu dan mengekalkan pekerjaan sedia ada, Iskandar Malaysia juga memperuntukkan sebanyak RM11.1 bilion untuk akses pendidikan berkualiti seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada golongan Bumiputera dan memperkasakan usahawan Bumiputera menerusi aktiviti pembiayaan serta aktiviti pembinaan kapasiti, selaras dengan inklusif sosial, agenda keusahawanan di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Mengenai pemberian insentif sedia ada di Iskandar Malaysia sehingga tahun 2022, Ismail berkata IRDA sangat teruja dan menghargainya kerana ia akan meningkatkan kemasukan pelaburan ke wilayah tersebut.

"Ia termasuk dengan insentif khusus lain yang menggalakkan pelabur dan perniagaan untuk datang atau berpindah ke Malaysia, selain memudahkan Iskandar Malaysia mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM383 bilion pada tahun 2025, ia turut akan memperkukuhkan sembilan sektor yang dipromosikan di wilayah berkenaan antaranya ialah penjagaan kesihatan, pendidikan, logistik dan pelancongan,” katanya.

Ismail berkata peruntukan RM1 bilion yang digunakan bagi menyokong pertumbuhan teknologi tinggi, merangkumi penyelidikan dan pembangunan dalam aeroangkasa akan membantu wilayah ekonomi itu kerana IRDA telah mengenal pasti industri aeroangkasa sebagai sektor pertumbuhan pada masa depan di Iskandar Malaysia serta kewujudan peluang pada tempoh pasca-COVID-19, ia akan memberi respons positif terhadap insentif dan skim jaminan kerajaan.

Mengenai infrastruktur, Ismail berkata peruntukan yang diberikan untuk projek Sistem Bas Rapid Transit (BRT) di kawasan Iskandar Malaysia adalah penting untuk memastikan kesejahteraan rakyat di kawasan tersebut.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel