KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Peruntukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Belanjawan 2021 akan melonjakkan keupayaan kementerian itu memerangi COVID-19 tetapi kerjasama semua pihak diperlukan untuk menewaskan pandemik itu, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon.
Beliau berkata daripada keseluruhan peruntukan RM31.94 bilion untuk kementerian itu, RM475 juta sahaja adalah untuk bekalan reagen dan bahan guna habis khusus yang diperlukan sementara RM318 juta untuk penyediaan peralatan perlindungan peribadi dan pensanitasi tangan untuk kakitangan barisan hadapan.
Bagaimanapun, Dr Rohaizat berkata untuk menewaskan pandemik itu usaha bersama adalah penting untuk menewaskan pandemik itu yang mencetuskan krisis kesihatan yang tidak pernah dihadapi sebelum ini dan menjejaskan ekonomi banyak negara.
“Saya percaya jika kita semua bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing, mematuhi SOP (prosedur operasi standard) dan peraturan , insya-Allah kita boleh dan kita akan mengalahkan pandemik itu sekali lagi dan pada masa sama kerajaan perlu bertindak pantas untuk melandaikan lengkung pandemik itu,” katanya dalam program “Mid-Day Update” Bernama TV di sini hari ini.
Menggambarkan belanjawan itu sebagai penumpuan kepada rakyat, Dr Rohaizat berkata peruntukan keseluruhan diterima kementerian itu akan diagihkan kepada tujuh program sedia ada di dalam kementerian.
Ini termasuk program pengurusan, perubatan, kesihatan awam, kesihatan oral, farmaseutikal, penyelidikan dan sokongan teknikal selain daripada keselamatan makanan dan kualiti.
Sementara itu, Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) sebaliknya menzahirkan kekecewaannya dengan peningkatan 4.3 peratus dalam peruntukan keseluruhan tahun hadapan kepada kementerian itu berbanding Belanjawan 2020.
“Peningkatan ini tidak mencukupi ketika satu pandemik besar,” katanya.
Ia juga menggesa kerajaan untuk memperincikan peruntukan mengikut kategori untuk bekalan perubatan dan bahan guna habis khusus berjumlah RM4.29 bilion yang diperuntukkan dan diklasifikasikan di bawah kod 080000 (Program Khusus) seperti dijelaskan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Sabtu lepas.
“Kerajaan perlu menyediakan satu perincian jelas mengikut kategori kerana ketelusan akan memastikan tiada ketidakcekapan, ketirisan dan pembaziran, “ kata MHC dalam satu kenyataan.
MHC menekankan kepentingan meningkatkan peruntukan kesihatan hampir kepada empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar, dasar yang mampu bertahan lama ke arah pembiayaan kesihatan yang lestari, mengadakan mekanisme pengawasan dan perkongsian kerajaan-swasta.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel