KUALA LUMPUR, 10 Nov -- Persatuan Francais Malaysia (MFA) menghargai inisiatif dalam pembentangan Belanjawan 2021 yang mengambil kira keperluan dan kelangsungan perniagaan dengan memberi peluang kepada ahli MFA untuk sama-sama menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara.
Pengerusinya Datuk Dr Radzali Hassan berkata inisiatif yang diperkenalkan juga dilihat memberi ruang kepada perniagaan francais untuk bertahan dan kekal berdaya saing dalam usaha memulihkan perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
“MFA menyambut baik belanjawan 2021 khususnya peruntukan RM25 juta bagi program pembangunan francais mikro dan francais mampu milik. Peruntukan ini memberi harapan kepada semua bakal usahawan supaya dapat menceburi bidang perniagaan francais yang berskala RM20,000 hingga RM100,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, katanya MFA juga yakin peruntukan RM35 juta bagi mempromosikan barangan dan perkhidmatan keluaran Malaysia di bawah Misi Perdagangan dan Pelaburan akan dapat meningkatkan potensi eksport bagi perniagaan francais tempatan terutamanya sektor francais halal dan sektor francais lain ke negara-negara ASEAN.
"Dengan adanya peruntukan ini, MFA berharap sektor francais dapat menembusi pasaran baharu seperti di benua Afrika dan negara-negara Balkan serta Timur Tengah," katanya.
Beliau berkata usahawan francais dan ahli MFA juga boleh memanfaatkan inisiatif pengambilan pekerja di bawah Penjana Kerjaya, program subsidi upah bersasar, program perantisan di bawah pembangunan belia serta pengecualian levi tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) bagi industri pelancongan.
“Walaupun inisiatif dan program ini merupakan sokongan penggajian jangka pendek daripada kerajaan, ia dapat membantu para peniaga mengekalkan pekerja bagi kelangsungan perniagaan untuk terus bertahan dalam suasana yang sukar ini,” katanya.
MFA turut mengalu-alukan usaha kerajaan untuk memberikan kemudahan pinjaman dan pembiayaan kepada perniagaan perusahaan kecil dan sederhana, usahawan Bumiputera dan golongan wanita di bawah inisiatif meringankan beban hidup rakyat, pemerkasaan Bumiputera dan golongan wanita, penambahbaikan persekitaran perniagaan serta memudahkan akses pembiayaan.
"Kemudahan pinjaman dan pembiayaan yang diberikan kepada golongan yang terlibat bukan sahaja akan membantu aliran tunai perniagaan menjadi lebih baik, malah dapat membantu usahawan untuk mengembangkan perniagaan sama ada melalui model perniagaan francais atau model perniagaan lain.
Katanya menerusi dana yang diperuntukkan dalam belanjawan itu, terdapat ruang dan peluang bagi membantu golongan pesara dan wanita untuk menjalankan perniagaan francais atau melakukan transformasi perniagaan sedia ada kepada perniagaan francais.
"Ini secara tidak langsung membantu menjana ekonomi masyarakat setempat dengan wujudnya peluang pekerjaan dan rantaian perniagaan lain," katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel