KUALA LUMPUR, 10 Nov -- Beberapa Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang hari ini senada bersetuju mengenai cadangan pelanjutan moratarium sehingga Jun 2021 dimasukkan dalam Belanjawan 2021 dalam usaha membantu rakyat mendepani kesan pandemik COVID-19.
Dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mencadangkan supaya selepas moratorium dalam tempoh enam bulan, mereka yang mempunyai pinjaman RM500,000 dan ke bawah diberi penangguhan automatik untuk tiga hingga enam bulan lagi jika COVID-19 belum pulih.
"Dengan itu, pinjaman berjumlah besar dan banyak oleh T20, dan syarikat besar dengan tersendiri terkecuali kerana keupayaan mereka dan pada masa sama kita boleh terus membantu rakyat yang memerlukan. Angka RM500,000 itu boleh diubah mengikut yang lebih sesuai berdasarkan jumlah paling ramai rakyat yang boleh dibantu," katanya.
Selain itu, beliau mencadangkan inisiatif pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 1 secara bersasar, supaya dipendekkan tempohnya daripada 12 bulan iaitu RM500 sebulan kepada RM1,500 sebulan selama empat bulan menjadikan jumlahnya tetap RM6,000.
Turut senada perihal pelanjutan moratorium ialah Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) yang mencadangkan kerajaan perlu membantu kelompok peniaga sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat wabak itu.
“Moratorium kita setuju supaya dilanjutkan pada bulan Jun akan datang kerana mereka menghadapi masalah yang begitu besar. Begitu juga syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana, mereka tak mampu bayar gaji pekerja. (Jadi) Kerajaan harus memberi bantuan kepada pekerja itu sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan untuk terus hidup sehingga selesai masalah pandemik (COVID-19),” katanya ketika berbahas.
Mohamad yang turut menyentuh mengenai peruntukan RM85.5 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), berkata peruntukan itu sepatutnya disalur untuk membela nasib rakyat.
Beliau dan Lim Guan Eng (PH-Bagan) menegaskan peruntukan yang diterima Jasa menerusi Belanjawan 2021, harus ditolak.
Lim ketika membahaskan Belanjawan 2021 pula berkata beliau dan Ahli Parlimen lain bersedia untuk menolak Jasa agar ia tidak diluluskan.
Seramai tujuh Ahli Parlimen mengambil bahagian pada hari kedua perbahasan Belanjawan 2021. Sesi perbahasan hari ini dimulakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) yang diberi masa 90 minit sebagai wakil blok kerajaan, diikuti Lim Guan Eng (PH-Bagan); Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort); Mohamad Sabu (PH-Kota Raja); Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian); M.Kulasegaran (PH-Ipoh Barat); dan Datuk Wilson Ugak Kumbong (GPS-Hulu Rajang).
Persidangan dewan bersambung esok.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel