BERITA

Prasarana perluaskan pengunaan My30 ke Rapid Penang dan Rapid Kuantan



KUALA LUMPUR, 10 Nov  -- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mempercepatkan penggunaan pas perjalanan My30 ke Pulau Pinang dan Kuantan secepat mungkin selepas Kementerian  Pengangkutan memperhalusi butiran pelaksanaannya. 

Pengerusi Kumpulan Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata cadangan kerajaan memperluaskan pas perjalanan itu menerusi Belanjawan 2021 dijangka akan meningkatkan jumlah penumpang perkhidmatan di bawah kendalian Prasarana dan membantu meringankan beban perbelanjaan pengangkutan awam bagi penduduk di dua negeri tersebut.

“Pemanjangan pas perjalanan My30 menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan penularan COVID-19.

“Prasarana berpendirian bahawa menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan rakyat  Malaysia adalah langkah yang paling berkesan dalam meningkatkan produktiviti dan merangsang pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

Pengguna Rapid Penang kini boleh menggunakan Pas Mutiara, ia adalah bagi perkhidmatan bas henti-henti dan feri Pulau Pinang tanpa had dengan pakej berjumlah RM50 sebulan, manakala Rapid Kuantan menggunakan sistem pembayaran tunai serta kad MyRapid untuk urusan bukan tunai. 

Rapid Penang hanya mencatatkan jumlah penumpang sebanyak 36,000 orang sehari berbanding 72,000 penumpang secara purata sebelum penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), manakala Rapid Kuantan pula merekodkan secara purata 3,300 penumpang sehari berbanding dengan 7,000 penumpang pada tahun lepas.

Inisiatif My30 merupakan pas perjalanan tanpa had yang diperkenalkan dengan bayaran RM30 sebulan bagi pengangkutan rel Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), KL Monorail dan perkhidmatan bas Rapid di Lembah Klang yang berkuat kuasa pada 15 Jun tahun ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 pada 6 November lepas berkata kerajaan akan meneruskan inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 dan memperluaskannya ke Pulau Pinang serta Kuantan dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM300 juta.

Program itu membabitkan empat perkhidmatan iaitu Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), KL Monorail dan bas Rapid KL yang dianggarkan memberi manfaat kepada lebih sejuta pengguna, katanya.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel