KUALA LUMPUR, 10 Nov -- Pelaksanaan Belanjawan 2021 semasa tempoh pandemik COVID-19 adalah mencabar susulan wujud ketidaktentuan kerana perniagaan seperti kelaziman tidak lagi dapat beroperasi.
Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata pihak pengawal selia pula perlu membantu perniagaan menerusi pengawalseliaan berkesan sebagai sebahagian norma baharu.
Beliau berkata pengawalseliaan yang berkesan adalah perlu untuk memacu pelaburan; memperkukuh sektor strategik khususnya peralatan perubatan, e-dagang, logistik dan teknologi pendidikan; selain menambah baik akses kepada pembiayaan.
“Kita perlu memastikan ekonomi terus berkembang, dengan penciptaan pekerjaan dan kesinambungan perniagaan semasa tempoh yang amat tidak menentu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata daripada perspektif dasar awam yang lebih baik, agenda amalan pengawalseliaan baik (GRP) dimiliki Malaysia terus relevan untuk mengembalikan pertumbuhan ekonomi, mempertingkat produktiviti dan daya saing negara.
“Usaha GRP untuk meningkatkan kualiti peraturan baharu menerusi analisis kesan pengawaseliaan dan kajian semula peraturan sedia ada akan mengurangkan kos pengawalseliaan bagi menjalankan perniagaan, membantu menambah baik iklim perniagaan di samping menyokong perdagangan dan pelaburan,” katanya.
MPC turut menggesa kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan supaya komited dalam melaksanakan GRP dan meneliti semula proses pelaksanaan pengawalseliaan semasa.
Sekiranya perlu, pelaksanaan itu boleh disusun semula agar lebih cekap, mudah dan dapat mengurangkan kos pematuhan tanpa mengkompromikan keselamatan, kesihatan, alam sekitar serta perkhidmatan atau komiditi awam untuk memudahkan dan mempercepatkan proses penyampaian perkhidmatan kerajaan ke arah merealisasikan matlamat Belanjawan 2021, menurutnya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel