BERITA

Belanjawan 2021: Lebih RM1 juta peruntukan awal untuk Pembangunan Kampung Baru



KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Program Pembangunan Semula Kampung Baru akan diteruskan, dengan peruntukan awal RM1,000,100 digunakan bagi menyediakan dan menaik taraf infrustruktur di kawasan berkenaan, termasuk pembinaan padang dan pusat rekreasi di Kampung Pindah di sini. 

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata di bawah Peruntukan Pembangunan 2021 pula, lebih RM418.9 juta akan digunakan bagi meneruskan projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL), sewerage non-river dan baik pulih sungai.

Beliau berkata projek-projek pembangunan itu memberi tumpuan kepada penambahbaikan saliran pembetungan sungai di Kuala Lumpur khusus bagi meningkatkan mutu kualiti air kepada kelas kedua, serta pelaksanaan kerja-kerja pengindahan tebing sungai.

"Pembangunan kawasan tebing sungai akan dapat memberi peningkatan kepada nilai hartanah di kawasan itu termasuklah mewujudkan peluang perniagaan kepada rakyat seperti pembinaan kiosk dan kafe di tepi Sungai Klang dan Sungai Gombak," katanya dalam satu kenyataan hari ini, yang khusus merujuk kepada Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat lepas.

"Kementerian  amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberikan peruntukan lebih RM956.8 juta pada tahun 2021. Ini sekali gus memperlihatkan komitmen tinggi Kerajaan Persekutuan untuk terus menyediakan infrastruktur berkualiti dan menyeluruh kepada rakyat dengan mengambil kira cabaran semasa dan keperluan masa depan," tambahnya.

Annuar berkata lebih RM38.2 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi penyelenggaraan projek RoL bagi kerja-kerja pengindahan dan pembersihan sungai, operasi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu serta Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan. 

Beliau berkata peruntukan daripada belanjawan itu juga akan digunakan untuk projek pembangunan dan kerja membaik pulih jalan dan jambatan di Kuala Lumpur, serta projek kemudahan awam di Putrajaya dan Labuan antaranya tempat letak kereta dan lampu jalan.

Selain pembangunan, katanya lebih RM148.9 juta akan digunakan untuk program kemasyarakatan termasuk aspek motivasi, pendidikan,kesedaran pencegahan COVID-19 dan denggi, gaya hidup sihat , gotong-royong serta pemberian bantuan kebajikan rakyat miskin di ketiga-tiga wilayah.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel