KUANTAN, 11 Nov -- Belanjawan 2021 dianggap responsif terhadap keperluan komuniti Orang Asli dengan tumpuan dan perhatian khusus diberikan kepada bidang pendidikan asas, kata Senator Datuk Isa Ab Hamid.
Beliau yang merupakan senator dilantik bagi mewakili masyarakat Orang Asli berkata peruntukan dalam bidang itu merupakan inisiatif kerajaan bagi menyelamatkan komuniti berkenaan daripada terus tercicir dalam bidang pendidikan, sekali gus meningkatkan tahap kehidupan mereka.
Menerusi peruntukan menaik taraf dan pembinaan 14 taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) baharu, beliau berkata langkah itu akan meyakinkan masyarakat Orang Asli mendapatkan tahap pendidikan lebih tinggi bagi anak-anak mereka.
"Bila ada pendidikan asas yang baik, ia akan meyakinkan mereka ke sekolah rendah, menengah dan seterusnya melanjutkan pengajian ke universiti. Inisiatif ini akan dapat mengubah masa depan mereka sendiri.
“Saya juga berharap apabila kemudahan ini disediakan kerajaan, Orang Asli sendiri akan hantar anak-anak mereka ke sekolah supaya tidak terus tercicir,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menerusi Belanjawan 2021 bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ yang dibentangkan pada 6 Nov, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata RM158 juta diperuntukkan bagi membolehkan aspek kesejahteraan komuniti Orang Asli diteruskan.
Kerajaan juga akan menaik taraf dan membina 14 taman tabika baharu, antaranya di Pos Slim Sungai Kinta, Perak dan Pos Sungai Kelai Jempol, Negeri Sembilan.
Sementara itu, Koordinator Pusat Prihatin Orang Asli Dr Colin Nicholas berkata dalam usaha membantu komuniti pribumi, aspek infrastruktur harus diberikan penekanan dan tumpuan bagi membolehkan golongan itu mudah berinteraksi dengan masyarakat luar.
“Saya harap peruntukan belanjawan ini diberi tumpuan terhadap kemudahan jalan supaya memudahkan mereka berhubung dengan masyarakat luar, misalnya bagi menjual hasil pertanian mereka. Bila infrastruktur mereka baik, isu yang lain akan beransur-ansur dapat diselesaikan," katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel