Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli
KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Hafsiah Mohamad yang mengambil upah menjahit di Sik, Kedah merasa lega kerana kadar bantuan menjaga pesakit kronik terlantar dinaikkan, walaupun kadarnya tidak besar, tetapi ia sangat bermakna baginya.
Kadar Bantuan Warga Emas dan Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 sebulan, semasa Belanjawan 2021.
Hafsiah, 35, yang menguruskan nenek saudaranya yang terlantar di atas katil akibat lumpuh sejak 2018 berkata, kenaikan kadar bantuan kebajikan bulanan tersebut meringankan sedikit tanggungan perbelanjaan asas.
Beliau berkata elaun bantuan semasa sebanyak RM350 hanya cukup untuk perbelanjaan lampin pakai buang dewasa untuk tempoh sebulan.
“Kalau untuk makanan memang atas ihsan dan kami sediakan. Tok menakan (nenek saudara) kami tidak ada anak dan suami meninggal lebih kurang lima tahun lalu. Nasib baik kami (saya) tinggal dekat-dekat sahaja.
“Jadi bantuan ini (kenaikan elaun) sedikit sebanyak menolong dan meringankan pengurusan Tok menakan kami yang berumur 75 tahun. Keluarga kami bukan orang senang juga,” kata Hafsiah.
Selain OKU dan warga emas, kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan daripada RM100 bagi seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga, kepada RM150 untuk seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang bagi anak berumur enam tahun dan ke bawah, dengan maksimum RM1,000 sekeluarga.
Kenaikan kadar bantuan kebajikan bulanan kepada golongan rentan termasuk orang kelainan upaya (OKU) dalam Belanjawan 2021, dapat membantu golongan itu untuk menyusun semula perbelanjaan keperluan diri dan keluarga mereka.
Timbalan Presiden Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak (MyBIM) Amir Hamidi Abd Manan berkata, ia termasuk menampung keperluan asas, kos penyelenggaraan peralatan OKU serta mengatasi kekurangan mereka yang terjejas pendapatan, seperti peniaga kecil dan pemandu e-hailing ketika pandemik COVID-19.
“Kenaikan elaun ini pasti memberi impak yang besar kepada semua kategori OKU, termasuk yang tidak bekerja. Golongan ini lebih banyak menghadapi pelbagai kesusahan dan peningkatan kos sara hidup di bandar, yang tidak setimpal dengan pendapatan bulanan yang diperoleh khususnya golongan B40.
“Secara menyeluruh, kenaikan elaun amat membantu golongan OKU yang terlibat, dan membolehkan mereka mampu berbelanja untuk keperluan yang benar-benar penting, sekali gus dapat menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Katanya, kenaikan elaun kepada semua kategori OKU menunjukkan komitmen kerajaan yang bersungguh-sungguh memperuntukkan bantuan khas ke dalam Belanjawan 2021, meskipun negara dalam dimensi ekonomi dunia yang tidak menentu dan mencabar.
“Kenaikan elaun barangkali mencukupi kepada kebanyakan penerima OKU. Pada masa yang sama mereka turut menerima satu lagi bantuan bersasar, iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hingga RM 1,200,” katanya.
Bagaimanapun, Amir Hamidi berpendapat kadar kelayakan penerima Elaun Pekerja Cacat (EPC), wajar disemak semula dan ditambah baik dengan menetapkan perbezaan syarat pendapatan bulanan mengikut lokasi tempat OKU bekerja, yang berbeza kos sara hidupnya di bandar dan di luar bandar.
Sebagai contoh katanya, RM 1,200 ditetapkan sebagai syarat kepada pemohon OKU yang bekerja di luar bandar, manakala RM 1,500 bagi pemohon OKU yang bekerja di bandar utama.
Jumaat lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat berkata, kadar bantuan kebajikan bulanan bagi golongan rentan akan dinaikkan, melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM700 juta kepada RM2.2 bilion yang akan memanfaatkan lebih 400,000 penerima.
Beliau berkata kadar bantuan orang kelainan upaya (OKU) tidak berupaya bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan, manakala kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel