BERITA

Belanjawan 2021: Peniagawati Malaysia hargai insentif disediakan untuk usahawan wanita



KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Peniagawati Malaysia menghargai peruntukan pembiayaan yang disediakan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2021 kepada usahawan wanita dalam usaha memulihkan ekonomi negara di tengah-tengah keadaan yang mencabar ketika ini.

Presidennya Datuk Azlin Ahmad Shaharbi berkata peruntukan pembiayaan yang disediakan itu sedikit sebanyak dapat membantu memulih dan memulakan semula perniagaan sektor mikro yang banyak terkesan akibat pandemik COVID-19, terutamanya usahawan wanita.

"Kami percaya kerajaan telah berusaha melakukan yang terbaik untuk memulihkan ekonomi dan kami lihat banyak usaha yang menghargai sumbangan wanita dalam ekonomi.

"Kami juga yakin usaha itu boleh dicapai sekiranya semua pihak berlapang dada dengan menyedari COVID-19 adalah masalah global dan seluruh dunia sedang cuba menanganinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Belanjawan 2021 dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 6 Nov lepas yang bertemakan 'Teguh Kita, Menang Bersama’ dirangka berdasarkan Tiga Matlamat Induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Ekonomi dan Ketahanan Ekonomi.

Semasa membentangkan belanjawan itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan sangat menghargai sumbangan wanita kepada negara dan bagi memperkasakan usahawan wanita, sejumlah RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas disediakan melalui TEKUN, Majlis Amanah Rakyat dan AgroBank.

Selain itu, sebanyak RM50 juta juga disediakan di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu BizNita.

Sementara itu, Peniagawati Malaysia mengambil pendekatan bahawa ekonomi domestik harus dikembangkan dan digerakkan, justeru, peluang untuk peningkatan kemahiran dan latihan terutamanya dari segi strategi pemasaran, pelabelan, teknikal di bawah skim latihan BizMe amat dialu-alukan.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel