KUALA PILAH, 13 Nov -- Setiap ketetapan yang dibuat kerajaan dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini, dirangka berdasarkan keutamaan dan kebajikan rakyat khususnya dalam mendepani pandemik COVID-19 ketika ini, kata Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Datuk Eddin Syazlee Shith.
Justeru, beliau menegaskan tiada keperluan bagi sesetengah pihak meletakkan sebarang syarat sebelum menyatakan sokongan untuk meluluskannya, memandangkan ia adalah keputusan yang telah mengambil kira pandangan semua pihak.
“Kita kena benarkan pemimpin untuk membuat keputusan dan mempertimbangkan yang mana menjadi keutamaan dan yang mana kita boleh kemudiankan, apabila sudah diputuskan ia adalah keputusan yang baik, maka kita perlu sokong.
“Kalau kita letak syarat sampai bila pun masalah tidak akan selesai, belanjawan itu dilihat banyak mengutamakan kepentingan rakyat, kalau kita masih nak bersyarat lagi, saya tak tahu apakah (ia) yang terbaik untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada masyarakat India sempena Hari Deepavali di sini, hari ini.
Eddin Syazlee yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, sebarang cadangan dan pendapat adalah diterima dan boleh dibincang semula, namun, beliau menyifatkan keputusan meletakkan syarat untuk perkara yang memberi kepentingan kepada rakyat adalah keterlaluan.
Dalam pada itu, ditanya sama ada kerajaan akan mempertimbangkan untuk melanjutkan moratorium dan membenarkan pengeluaran ‘one-off’ hingga RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahli Parlimen Kuala Pilah itu berkata keperluan rakyat dan tanggungjawab dipikul kerajaan perlulah diseimbangkan.
“Kalau kita luluskan semua perkara yang akhirnya beban diletakkan kepada kerajaan, kemudian beban itu pula dipindahkan balik kepada rakyat disebabkan kerajaan tidak mampu menanggung perkara yang diminta rakyat, itu adalah tidak bagus,” katanya.
Dalam persidangan Dewan Rakyat pada 10 Nov lepas, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata Barisan Nasional menyatakan sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021 dengan menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran ‘one-off’ hingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP selain melanjutkan moratorium.
Najib yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), turut berpandangan pindaan terhadap Rang Undang-undang Perbekalan 2021 wajar dilakukan, mengambil kira situasi luar biasa dihadapi negara ketika ini susulan pandemik COVID-19.
Terdahulu, Eddin Syazlee menyampaikan sumbangan dengan kerjasama Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Econsave) kepada hampir 200 kaum India di kawasan Parlimennya dalam membantu meringankan bebanan mereka sempena Hari Deepavali, esok.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel