BERITA

Persatuan peruncitan cadang kerajaan tangani kekurangan dalam Belanjawan 2021



KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Persatuan-persatuan dalam industri peruncitan menyeru kerajaan untuk menangani kekurangan dalam Belanjawan 2021 sebagai respons kepada cabaran yang timbul akibat krisis pandemik dariPADA segi melindungi nyawa dan kehidupan.

Persatuan Rantaian Runcit Malaysia, Persatuan PKS Malaysia, Pertubuhan Peruncit Bumiputera dan Persatuan Pusat Membeli-belah Malaysia dalam satu kenyataan bersama secara kolektif mencadangkan agar kerajaan memberi pelepasan kewangan bersyarat kepada pemilik pusat membeli-belah dan pemilik tanah, antara lain.

Seterusnya, penjimatan daripada Bantuan Penyewaan boleh digunakan bagi membantu perniagaan runcit dalam beberapa cara,

"Penjimatan itu boleh digunakan untuk membantu perniagaan runcit di premis masing-masing melalui pengecualian atau pengurangan cukai taksiran tanah dan bayaran utiliti seperti air, elektrik serta telekomunikasi.

"Untuk segera mengaktifkan skim pelepasan sewa tidak langsung tersebut, kami mencadangkan pelanjutan diskaun elektrik sehingga Disember 2021, dengan kesan retrospektif dimulakan pada Oktober 2020," kata persatuan itu. 

Diskaun ke atas caj elektrik, yang diperkenalkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi sektor ekonomi terpilih telah tamat pada September lepas.

"Kami juga berharap agar kerajaan mempertimbangkan untuk mengetepikan semua obligasi pembayaran berkanun sehingga 31 Dis 2021, atau selama setahun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, yang mana lebih awal,'' kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, persatuan juga berharap kerajaan akan memberikan pelepasan cukai individu bagi menyokong aktiviti membeli-belah atau pelancongan domestik. 

Ini boleh dilakukan melalui pengecualian cukai individu untuk bajet RM1,000 sebulan atau RM10,000 mulai Mei hingga  Disember 2020 bagi pembelian barangan dan perkhidmatan, yang akan dibuktikan dengan resit yang berkaitan, serta pengecualian cukai individu sebanyak RM5,000, yang akan dibuktikan dengan penyerahan resit terkait.

Persatuan-persatuan berkenaan mencadangkan kedua-dua langkah itu berkuat kuasa serta-merta bagi Tahun Taksiran Cukai 2020–2021. 

''Dengan menggalakkan pelancongan domestik, ekosistem perniagaan tempatan akan mendapat manfaat melalui kesan melata yang secara tidak langsung akan menyokong pemulihanan industri pelancongan,'' kata kenyataan itu.

Mereka juga telah mencadangkan untuk kerajaan mempertimbangkan perlindungan kepada perniagaan dengan menyemak semula Akta 2020 Langkah Sementara bagi Mengurangkan Impak Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) termasuk pelanjutan program subsidi upah dan moratorium pinjaman bank kepada perniagaan. 

Persatuan-persatuan itu juga mencadangkan pelepasan cukai bagi perbelanjaan keselamatan dan kebersihan serta program 'gelembung perjalanan' untuk memulakan semula industri pelancongan termasuk pengenalan pensijilan pematuhan SOP COVID-19 kepada premis runcit dan restoran bagi meningkatkan keyakinan pengguna. 

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel