BERITA

Belanjawan 2021 perlu diluluskan untuk kerajaan tangani COVID-19

Johan Mahmood Merican

KUALA LUMPUR, 16 Nov -- Dewan Rakyat perlu meluluskan Belanjawan 2021 bagi membolehkan kerajaan menjalankan usaha-usaha menangani penularan pandemik COVID-19 selain memastikan kelangsungan operasi sedia ada tidak terjejas.

Ketika menegaskan perkara itu, Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican berkata ini penting memandangkan negara tidak mampu untuk mewujudkan risiko terhadap usaha terbabit sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan. 

Malah, katanya, tindakan tidak meluluskan belanjawan tersebut akan turut mengundang beberapa implikasi termasuk kekangan perbelanjaan kerajaan bermula Januari 2021. 

"Ia bukan sahaja (membabitkan) isu barisan hadapan menangani COVID-19 tetapi juga operasi dan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan lainnya. 

"Oleh itu, adalah penting untuk Belanjawan 2021 ini diluluskan dan dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan usaha memerangi COVID-19 selain pemulihan ekonomi yang lancar demi kesejahteraan rakyat untuk mendapatkan peluang pekerjaan serta pendapatan," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, Ahad malam.   

Sesi pengundian Belanjawan 2021 dijangka dijalankan pada 25 Nov ini. 

Selain itu Johan berkata kerajaan telah mengimbangi aspek kesihatan, kehidupan serta mata pencarian rakyat ketika merangka Belanjawan 2021. 

Menurutnya, ini penting kerana penyediaan belanjawan tersebut perlu melibatkan sumber yang mencukupi untuk memastikan usaha-usaha yang dirancang tidak terjejas dan kegiatan ekonomi dapat dijalankan. 

Atas dasar itu, fokus telah diberikan terhadap golongan rentan atau mudah terjejas dan pada masa sama tidak mengabaikan golongan M40 demi kelangsungan kehidupan mereka. 

Beliau berkata, ini termasuk mengurangkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada 9.0 peratus daripada 11 peratus bermula Januari 2021 untuk meningkatkan pendapatan bolehguna ahli-ahli KWSP. 

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel