BERITA

Dewan Rakyat bangkit isu peruntukan Belanjawan 2021 bagi Sabah, Sarawak

Mohd Shafie Apdal

KUALA LUMPUR, 16 Nov -- Dua ahli Parlimen, masing-masing dari Sabah dan Sarawak, hari ini mencadangkan agar dana lebih besar diberikan kepada kedua-dua negeri itu dalam Belanjawan 2021 sebagai usaha merapatkan jurang pembangunan dengan Semenanjung.

Dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021di Dewan Rakyat di sini, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan- Semporna) berkata Sabah harus mendapat peruntukan yang lebih berpadanan dalam belanjawan itu kerana jumlah miskin tegar yang ramai walaupun negeri tersebut kaya dengan pelbagai sumber.

Beliau berkata kelebihan Sabah dan Sarawak yang mempunyai keluasan, kesuburan tanah dan sumber alam semula jadi, harus dimanfaatkan bagi memastikan negara terus membangun selain mampu bersaing dengan negara di rantau Asia serta dunia.

“(Daripada) Keseluruhan peruntukan RM322.5 bilion dalam Belanjawan 2021, Sabah hanya memperoleh RM5 billion atau RM9 bilion dan perkara itu harus dipandang serius agar pembangunan seluruh negara lebih seimbang.

“Kita juga maklum, rantaian sistem pengangkutan di Semenanjung adalah jauh lebih baik berbanding Sabah dan Sarawak yang masih jauh ketinggalan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar pengendali bas mini di kawasan pedalaman atau kampung dibantu dengan menyewakan dan menjadikan bas mini sebagai sistem pengangkutan sementara bagi membawa pesakit luar bandar ke hospital yang sedikit-sebanyak membantu menjana pendapatan pengusaha terlibat.

Sementara itu, Larry Sng (PH-Julau) pula berkata Sabah dan Sarawak memerlukan tambahan peruntukan pembangunan sebagai usaha merapatkan jurang antara dua negeri berkenaan dan Semenanjung.

Katanya infrastruktur asas di Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung.

“Misalnya, kawasan Julau, Sarawak yang seluas gabungan Perlis dan Melaka tidak mempunyai stesen minyak atau balai bomba.

“Sudut kesihatan, nisbah klinik kesihatan dengan jumlah penduduk bagi 2018, di Sabah -- satu klinik nisbah 13,129 penduduk, manakala satu klinik nisbah 11,682 penduduk di Sarawak, iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada Pahang (1: 5,048),” katanya.

Beliau turut menggesa usaha merapatkan jurang digital dan isu infrastruktur telekomunikasi disegerakan termasuk menaik taraf 2,041 menara telekomunikasi di Sarawak kepada 4G, kerana liputan Internet amat penting dalam amalan norma baharu.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel