BERITA

Belanjawan 2021: MAFI, swasta perlu kerjasama optimum peruntukan Belanjawan 2021



Oleh Nor Hayati Endan

KUALA LUMPUR, 16 Nov -- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan sektor swasta perlu mempergiatkan kerjasama, bagi mengoptimumkan peruntukan kerajaan dalam Belanjawan 2021 kepada MAFI, supaya inisiatif memperkasakan sektor agromakanan negara dapat dicapai serta pemodenan pertanian menggunakan teknologi terkini.

Dekan Fakulti Teknikal dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Madya Dr Ridzwan Che Rus berkata, kerjasama dengan sektor swasta penting kerana mereka mempunyai teknologi canggih yang tidak dimiliki kerajaan, dalam meningkatkan produktiviti bekalan makanan negara.

“Meskipun peruntukan RM4.79 bilion bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di bawah Belanjawan 2021 agak terhad untuk membiayai projek tersebut, teknologi sedia ada di universiti awam dan pusat penyelidikan pertanian, dapat berkongsi hasil penyelidikan untuk dikomersialkan oleh syarikat swasta melalui pemindahan kepakaran.

“Sejajar dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) penggunaan teknologi dalam pelbagai bentuk seperti dron, kepintaran buatan (AI), data raya, sistem maklumat geografi (GIS), sistem kedudukan sejagat (GPS), serta penggunaan satelit dan robot, boleh dimanfaatkan dalam pertanian pintar.

“Sektor agromakanan perlu dibangunkan menjadi sektor yang moden, berdaya saing dan komersil bagi mencapai tahap pengeluaran yang tinggi dan mampan, seterusnya mampu memenuhi keperluan bekalan makanan dalam negara,” katanya kepada Bernama.

Ridzwan berkata kebergantungan kepada tenaga kerja tempatan dan asing juga antara isu penting, yang perlu ditangani berikutan sektor pertanian sering dianggap lebih dimonopoli golongan berumur, berkemahiran rendah dan didominasi tenaga buruh asing.

“Penggunaan teknologi terkini membolehkan pergantungan kepada sumber tenaga manusia, dalam sektor pertanian diatasi. Hasil penyelidikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan universiti awam berkaitan mekanisasi pertanian, terkini boleh dimanfaatkan oleh MAFI dengan memberi geran penyelidikan tertentu bagi inovasi jentera pertanian dan teknologi pertanian yang sesuai.

“Bantuan berbentuk geran bantuan peralatan teknologi juga boleh diberi MAFI dan agensi kerajaan berkaitan, untuk meningkatkan keupayaan teknologi dalam kalangan petani Malaysia,” katanya.

Selain itu, Ridzwan turut mencadangkan penanaman tanaman di dalam bangunan dan atas bangunan di kawasan bandar dimanfaatkan sebaiknya, dengan penggunaan teknologi cahaya tiruan, pengudaraan terancang dan pengukuran kelembapan pintar.

“Hal ini kerana pertambahan penduduk negara saban tahun memerlukan penghasilan bahan makanan yang mencukupi, bagi memenuhi keperluan peningkatan penduduk dan ia turut memberi kesan terhadap kenaikan import bahan makanan selain guna tanah untuk pertanian adalah terhad, dan biasanya melibatkan tanaman seperti kelapa sawit dan getah,” katanya.

Belanjawan 2021 bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ yang dibentangkan pada 6 Nov, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peruntukan sejumlah RM4.79 bilion bagi MAFI, melibatkan perbelanjaan mengurus RM3.28 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM1.51 bilion merupakan peruntukan yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, penganalisis melihat peruntukan berjumlah RM10.19 bilion kepada Kementerian Luar Bandar seperti diumum dalam Belanjawan 2021, meningkat sebanyak RM431 juta berbanding belanjawan sebelumnya, sebagai dapat merapatkan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, peruntukan tersebut dapat digunakan untuk membina infrastruktur asas untuk penduduk luar bandar, selain menaik taraf kemudahan sedia ada.

“Apa yang dilakukan kerajaan dengan peruntukan yang besar itu adalah, memastikan kemudahan infrastruktur dapat dirapatkan di antara penduduk yang tinggal di bandar dan luar bandar. Kalau kita lihat di negara maju memang sukar untuk bezakan antara bandar atau luar bandar dari aspek kemudahan (infrastruktur) dan ini wajar kita contohi,” katanya.

Mohammad Shatar berkata dengan wujudnya pelbagai kemudahan yang diberikan kerajaan kepada masyarakat luar bandar, kemajuan sosio ekonomi dapat ditingkatkan selain menggalakkan penghijrahan penduduk ke kawasan luar bandar.

“Kemudahan tersebut juga turut membawa kebaikan dari segi pergerakan sosial, kerana masyarakat luar bandar tidak lagi berpusu-pusu ke bandar terutamanya untuk mencari peluang pekerjaan,” katanya.

 Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata daripada jumlah RM10.19 bilion yang diperuntukan kepada kementeriannya, RM3.533 bilion untuk mengurus dan RM6.657 bilion peruntukan pembangunan.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel