BERITA

Belanjawan 2021 perkasa Sabah hadapi cabaran COVID-19 - Penganalisis



KOTA KINABALU, 18 Nov -- Belanjawan 2021 dilihat mampu menjadi instrumen penting dalam usaha memperkasa Sabah bagi menghadapi cabaran getir pandemik COVID-19 dan seterusnya memulihkan ekonomi negeri itu, kata seorang penganalisis.

Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung berkata peruntukan khas RM5.1 bilion, pembangunan kemudahan awam, kesihatan dan pendidikan dilihat boleh membuka jalan bagi memulihkan kehidupan rakyat dan merangsang ekonomi negeri.

"Jangan lihat Belanjawan 2021 untuk Sabah hanya kepada peruntukan khas Sabah dapat RM5.1 bilion itu sahaja, belanjawan ini lebih luas seperti RM50.4 bilion untuk pendidikan memberi manfaat buat Sabah terutama mengatasi isu sekolah daif," katanya kepada Bernama.

Katanya ketika negara berdepan kemerosotan pendapatan kerana COVID-19 selain kejatuhan harga minyak serta komoditi sawit dan getah, Belanjawan 2021 dilihat mampu menyediakan laluan ke arah pemulihan ekonomi negara dan negeri itu.

Setiausaha Eksekutif Kesatuan Perkhidmatan Perubatan Sabah Laurence Vun  pula berkata RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19 selain peruntukan RM1 bilion untuk perkhidmatan kesihatan awam berkaitan COVID-19 penting bagi membantu Sabah menghadapi ancaman pandemik tersebut.

Beliau berkata ini termasuk keperluan peralatan perubatan, ubat-ubatan, fasiliti kesihatan serta petugas kesihatan.

Penasihat Ekonomi Persekutuan Industri Sabah Datuk Dr Pang Teck Wai pula berkata RM3 bilion untuk penyambungan projek Lebuhraya Pan Borneo serta rancangan  menaik taraf Pelabuhan Sepanggar menjadi hab kontena serantau amat penting bagi pemulihan ekonomi negeri pasca-COVID-19. 

Pang berkata dua projek berkenaan memainkan peranan penting dalam perniagaan di Sabah kerana dapat mengurangkan kos logistik, meningkatkan kecekapan, khususnya sektor pengangkutan serta menambah baik kesalinghubungan di negeri itu, sekali gus mempercepat pemulihan ekonomi. 

Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah  Tan Sri T.C Goh berkata memandangkan Belanjawan 2021 diterima luas sebagai “belanjawan memerangi pandemik” yang pada masa sama menyediakan laluan kepada pemulihan ekonomi, menjadikan belanjawan itu amat penting bagi Sabah.

Katanya Belanjawan 2021 merangkumi bantuan untuk akar umbi seperti geran khas tambahan RM1,000 kepada peniaga yang turut diperluas kepada pemandu teksi, e-hailing, operator kereta sewa dan pemandu pelancong di negeri itu bagi menampan impak pandemik ke atas sektor pelancongan.

Satu lagi bantuan akar umbi yang akan meningkatkan kehidupan rakyat ialah agihan bantuan kerajaan kepada penduduk di pedalaman dan RM41 juta yang diperuntukkan untuk program tanah hak adat dalam usaha memelihara hak bumiputera Sabah. 

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel