BERITA

Belanjawan 2021: MOT sedia pelbagai insentif kurangkan beban rakyat - Wee



KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Kementerian Pengangkutan (MOT) yang menerima peruntukan sebanyak RM6.05 bilion dalam Belanjawan 2021, akan menyediakan pelbagai inisiatif yang pastinya memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.

Menterinya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kesemua inisiatif berkenaan bertujuan mengurangkan beban rakyat, lebih-lebih lagi dalam situasi negara dan rakyat masih berdepan dengan ancaman pandemik COVID-19.

Antara inisiatif itu, kata Wee, ialah Program Transformasi Bas Henti-henti (SBST) yang akan diperluaskan ke Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Kuantan secara berfasa pada 2021 hingga 2023 dengan peruntukan sebanyak RM150 juta.

 “Program ini akan memastikan perkhidmatan bas yang lebih tepat waktu dan pengguna akan lebih mempercayai perkhidmatan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini mengenai soalan lazim berkaitan Belanjawan 2021 kementeriannya.   

Beliau berkata Insentif Pas Bulanan Tanpa Had My30 dengan harga RM30 juga akan disediakan untuk pemegang MyKad dan MyTentera yang mempunyai fungsi “Touch ‘n Go” terbina dalam serta kad konsesi MyRapid bagi pelajar berusia di bawah 12 tahun.

Sementara itu, My30 Lembah Klang, kata Wee, akan membolehkan penumpang menggunakan perkhidmatan bas MyRapid dan rel manakala My30 Kuantan dan Pulau Pinang memudahkan penumpang menggunakan perkhidmatan bas MyRapid.

Beliau berkata insentif berkenaan jauh lebih baik daripada My50 atau My100 sebelum ini apabila dapat memberi manfaat kepada lebih dua juta pengguna pengangkutan awam.   

Melalui Insentif Pas Bulanan Tanpa Had KTMB dengan harga RM5 pula, kata Wee, ia akan menyediakan pas bulanan untuk anak-anak Tahun 1 hingga Tingkatan 6 yang berulang-alik ke sekolah dan golongan OKU bagi perkhidmatan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat dan tren Sabah di jajaran Beaufort-Tenom.

Beliau berkata insentif berkenaan akan memberi manfaat kepada 2,500 pelajar sekolah dan 760 OKU setiap hari.

Sementara itu, Wee berkata Jabatan Pengangkutan Jalan akan menambah bilangan kiosk untuk beberapa perkhidmatan utama seperti pembaharuan lesen kenderaan motor selain akan menyalurkan sebanyak RM1,000 kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah melalui insentif Gerak Khas Prihatin Tambahan.

Menurutnya, pengecualian cukai jualan bagi pembelian bas siap termasuk penyaman udara yang dipasang dalam negara juga akan dilanjutkan bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Jan 2021 hingga 31 Dis 2022. 

Mengenai  Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Wee berkata bagi Seksyen C iaitu dari Temerloh ke Pelabuhan Klang,  kerajaan sedang mengkaji jajaran terbaik bagi memastikan ECRL memberi impak ekonomi yang maksimum apabila disiapkan kelak.

Katanya jajaran yang terbaik dan memberi impak maksimum kepada rakyat itu akan diumumkan apabila kajian tersebut sudah lengkap.    

Mengenai peruntukan bagi MOT dalam Belanjawan 2021, Wee berkata daripada RM6.05 bilion yang diperuntukan kepada kementeriannya tahun depan, RM1.88 bilion adalah Perbelanjaan Mengurus dan RM4.17 bilion lagi untuk Perbelanjaan Pembangunan.          

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel