BERITA

Belanjawan 2021 akan sedia pemangkin bagi komuniti perniagaan pasca COVID-19 - NCIA



KUALA LUMPUR, 20 Nov -- Dengan ekonomi berada di landasan pemulihan, Belanjawan 2021 akan menyediakan pemangkin yang diperlukan bagi komuniti perniagaan untuk terus bergerak maju pasca COVID-19.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata belanjawan tersebut akan menarik pelaburan serta meletakkan perniagaan di landasan yang positif. 

“Meskipun cabaran pandemik COVID-19, beberapa sektor seperti penjagaan kesihatan, pembuatan, teknologi dan e-dagang berada dalam aliran meningkat.  

“Keupayaan untuk memacu perniagaan semasa tempoh mencabar ini akan menjadi pemacu pelaburan baharu pada masa depan,” katanya pada program “Mid-day Update” terbitan Bernama TV, hari ini. 

Beliau berkata pada masa depan, tumpuan utama NCIA adalah bagi mewujudkan dan mengekalkan pekerjaan serta mengukuhkan dsar untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi. 

“Menjelang 2025, ekonomi di wilayah utara dijangka mencecah RM300 bilion dan dengan pemangkin yang betul, sasaran ini boleh dicapai,” katanya. 

Di bawah Belanjawan 2021, sebanyak RM780 juta diperuntukkan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di lima koridor wilayah bagi pembangunan projek ekonomi strategik.  

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dengan peruntukan tinggi sebanyak RM69 bilion bagi perbelanjaan pembangunan di bawah belanjawan tersebut, ia akan mempercepat pertumbuhan industri pembinaan daripada penguncupan 18.7 peratus pada 2020 kepada pengembangan 13.9 peratus tahun depan. 

“Usaha untuk menghidupkan kembali ekonomi domestik perlu disokong dan ia harus mempunyai impak menyeluruh ke atas sektor ekonomi dan wilayah lain.  

Mohd Afzanizam juga berkata peningkatan kemahiran tenaga kerja merupakan usaha berterusan bagi memastikan mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dapat mencari peluang baharu semasa tempoh sukar sekarang. 

“Program yang akan memberi motivasi kepada mereka dari sudut rohani dan jasmani juga perlu diambil kira kerana ini akan memberi dorongan kepada mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam apa juga bidang yang mereka mahu ceburi,” katanya.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel