Oleh Muhammad Ammar Shafiq Hamzah
KUALA LUMPUR, 21 Nov -- Bantuan secara langsung dan tidak langsung kepada golongan rentan dalam Belanjawan 2021, akan memberikan kelegaan mencukupi untuk mereka meneruskan kehidupan dalam ketidaktentuan ekonomi, akibat pandemik COVID-19 tahun depan.
Professor Ekonomi Kajian Perniagaan Universiti Sunway Dr Yeah Kim Leng berkata, langkah-langkah yang dirancangkan termasuk bantuan wang tunai di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), bantuan kewangan untuk golongan kurang upaya dan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar B40, tentunya akan meringankan impak terhadap ketidakpastian kedudukan kewangan.
“(Di bawah Belanjawan 2021) Terdapat juga insentif dan subsidi upah, program peningkatan dan penambahan kemahiran, dan beberapa langkah perlindungan sosial lain.
“Kesemua langkah ini akan memberikan penerima, kelegaan mencukupi untuk tahun 2021, jika ekonomi gagal pulih,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Ketika membentangkan Belanjawan 2021 pada 6 Nov, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peruntukan RM6.5 billion untuk BPR yang akan dimanfaatkan 8.1 juta orang dan peruntukan RM2.2 billion bagi membantu golongan kurang upaya.
Tengku Zafrul juga mengumumkan yang kerajaan akan mempertingkatkan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar, yang akan termasuk pilihan pembayaran semula untuk B40, M40, dan perusahaan mikro-IKS.
Menurut Yeah, adalah penting bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk mencari mereka yang terjejas teruk akibat krisis COVID-19, tetapi atas sebab-sebab tertentu gagal untuk menerima bantuan.
Beliau berkata, menerusi pengumpulan data dan program pemberian wang tunai yang banyak dilakukan sejak sekian lama, kerajaan seharusnya mempunyai satu pangkalan data yang komprehensif, mengenai kumpulan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.
“Satu jangka masa yang terbuka dan mudah diakses untuk mendaftarkan penerima baru perlu disediakan bagi memasukkan mereka yang tertinggal dan golongan yang kedudukan kewangan mereka yang tanpa disedari bertambah buruk tahun hadapan,” katanya.
Yeah juga menambah, bantuan kewangan tambahan kepada isi rumah berpendapatan rendah akan diperlukan, jika pandemik ini berterusan dan pemulihan ekonomi gagal untuk dilaksanakan pada separuh kedua tahun 2021.
Selain daripada kumpulan rentan dan B40, Belanjawan 2021 juga menyenaraikan beberapa insentif untuk barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM), sebagai penghargaan kepada perkhidmatan mereka, termasuk pembayaran ‘one-off’ RM500 dan penerusan elaun bulanan RM600 sehingga pandemik ini dapat diatasi.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata, pembayaran ‘one-off’ itu akan dimanfaat kira-kira 100,000 barisan hadapan KKM, akan menjadi satu pendorong semangat untuk mereka.
Beliau berkata, ketika pengumuman itu tentunya akan meningkatkan semangat barisan hadapan, namun kerajaan juga perlu melihat kepada pegawai perubatan kontrak yang masih belum pasti mengenai masa hadapan mereka.
“Ketika pembayaran ‘one-off’ satu peningkat semangat, ia hanya sementara kerana mereka (pegawai kontrak) tidak pasti sama ada mereka masih mempunyai pekerjaan atau tidak di masa hadapan. Ramai dalam kalangan barisan hadapan berhadapan ketidaktentuan masa depan pekerjaan, kerana ramai daripada mereka adalah pekerja kontrak,” katanya.
Sementara itu Dr Subramaniam berkata, agak sukar untuk meletakkan satu jumlah dalam menangani pandemik dan RM1 billion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 bagi menangani COVID-19 mungkin satu jumlah yang mencukupi, tetapi tiada satu kepastian mengenainya.
“Sepatutnya ada ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam perbelanjaan peruntukan ini, dengan penggunaan satu sistem tender dan proses perolehan, bagi memastikan kawalan kepada belanjawan itu dan mengelakkan sebarang pembaziran,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel