KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Hanya 20 peratus daripada keseluruhan belanjawan, iaitu ‘perbelanjaan penuh’ yang pada dasarnya adalah pencen dan pembayaran hutang, yang boleh dibelanjakan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
Bank pelaburan itu berkata menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam satu dialog pada Jumaat minggu lepas, baki 80 peratus termasuk operasi perkhidmatan awam seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, undang-undang dan ketenteraman, perlu diluluskan oleh Parlimen.
“Jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan oleh Parlimen, Belanjawan 2021 baharu atau yang disemak semula perlu dibentangkan dan diluluskan sebelum akhir tahun ini untuk mengelakkan kelewatan ke tahun depan,” kata Maybank IB yang memetik Tengku Zafrul, dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Ia berkata menurut menteri kewangan, penggunaan Seksyen 102(a) Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan sebahagian daripada belanjawan dibenarkan apabila tidak ada masa yang mencukupi untuk meluluskan belanjawan sebelum bermula tahun kewangan baharu.
“Ini berlaku pada 1999 apabila Parlimen dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya umum selepas pembentangan Belanjawan 2000, dan satu sidang khas Parlimen diadakan sebelum penghujung 1999 selepas pilihan raya umum untuk meluluskan sebahagian belanjawan bagi tahun 2000.
“Bagaimanapun, tidak ada kebiasaan untuk meluluskan sebahagian belanjawan selepas penolakan belanjawan,” kata Maybank IB.
Parlimen akan mengundi Belanjawan 2021 pada Khamis (26 Nov).
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel