BERITA

Dr Noor Hisham luah rasa syukur Belanjawan 2021 lulus peringkat dasar

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Nov -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan rasa syukur berikutan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar hari ini.

“Alhamdulilah. Kita bersama bersepadu teruskan peperangan (menentang) COVID-19,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi Whatsap hari ini.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) yakin semua Ahli Parlimen faham dengan situasi semasa pandemik COVID-19 dan situasi kewangan negara dan fokus sekarang ini ialah membendung penularan pandemik itu, serta memberi laluan ekonomi pulih dengan segera.

“Semoga dipermudahkan petugas barisan hadapan, untuk meneruskan usaha membendung dan menangani ancaman wabak COVID-19,” katanya lagi.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar hari ini.

Ia diluluskan dengan suara majoriti, selepas permohonan beberapa Ahli Parlimen untuk undi belah bahagian tidak berjaya apabila hanya 13 Ahli Parlimen yang bangun, kurang daripada jumlah diperlukan sebanyak 15 orang.

Belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional berkenaan dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov dan seramai 82 Ahli Parlimen terlibat dalam sesi perbahasan.

Peruntukan mencecah RM322.5 bilion dicadangkan di bawah belanjawan berkenaan, menjadikan ia jumlah terbesar dalam sejarah belanjawan negara ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan impaknya terhadap kehidupan rakyat dan ekonomi negara.

Dalam belanjawan itu, Tengku Zafrul mengumumkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM31.9 bilion kepada KKM iaitu kenaikan sebanyak 4.3 peratus berbanding peruntukan tahun lalu.

Selain itu petugas barisan hadapan KKM bakal menerima pemberian tambahan secara 'one-off' sebanyak RM500 sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap jasa anggota petugas barisan hadapan kementerian itu.

-- BERNAMA

 




BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel