BERITA

Sabah, kerajaan Persekutuan bekerjasama jayakan pelaksanaan program Belanjawan 2021



KOTA KINABALU, 26 Nov -- Kerajaan Sabah akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam memastikan semua program pembangunan dan usaha memerangi wabak COVID-19 yang digariskan dalam Belanjawan 2021, dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata, Sabah mendapat manfaat daripada Belanjawan 2021 dengan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta dalam usaha kerajaan negeri memerangi COVID-19.

"Bagi pihak Kerajaan Sabah, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Perikatan Nasional atas kelulusan Belanjawan sulungnya," katanya menerusi pesanan WhatsApps hari ini.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) di peringkat dasar.

Hajiji berkata, Sabah juga mendapat memperoleh manfaat dari peruntukan Kerajaan Persekutuan yang bernilai RM3 bilion bagi memerangi COVID-19 sejak wabak itu melanda awal tahun ini menerusi pelbagai saluran termasuk bantuan pakej Prihatin dan Penjana.

-- BERNAMA

 

 




BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel