BERITA

Belanjawan 2021 lulus: Persatuan sukan lega program pembangunan dapat dilaksana

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria

KUALA LUMPUR, 26 Nov -- Beberapa persatuan sukan kebangsaan menarik nafas lega dan  bersedia melaksana program dirancang, terutama bagi menghadapi kejohanan akan datang apabila Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar, selepas dibahaskan di Dewan Rakyat, hari ini.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, fokus badan induk itu tahun depan adalah proses kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Sukan SEA ke-31 di Vietnam, serta proses pembangunan program badminton di peringkat akar umbi.

“Kita yakin program ‘Road to Tokyo’ akan diteruskan seperti biasa, selain tumpuan kita turut kepada Sukan SEA 2021 di Vietnam, serta memperkasa program pembangunan.

“Saya faham kerajaan lebih memberi tumpuan belanjawan kali ini kepada perancangan untuk membantu mereka yang terjejas susulan pandemik COVID-19, namun kerajaan juga tidak mengetepikan kepentingan industri sukan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata FAM akan menunggu perbahasan kedua yang turut melibatkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam masa terdekat, sebelum memperinci perancangan untuk menghadapi beberapa kejohanan penting tahun depan.

Berkongsi pandangan sama adalah Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Datuk Shahrul Zaman Yahya, yang mendedahkan badan induk itu akan memberi fokus kepada program pembangunan ragbi sedia ada, selain persediaan skuad kebangsaan menghadapi mana-mana kejohanan tahun hadapan.

“Kami akan teruskan program pembangunan dan bekerjasama erat dengan KBS, MSN, ISN (Institut Sukan Negara) serta KPM (Kementerian Pendidikan) dan KPT (Kementerian Pengajian Tinggi), serta rakan kongsi swasta bagi mencapai matlamat ditetapkan,” katanya.

Nada sama turut disuarakan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abdul Wahab, yang menegaskan fokus badan induk itu adalah persediaan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020 serta Sukan SEA 2021, menerusi peruntukan bakal diterima daripada Belanjawan 2021.

Beliau menjelaskan PKBM akan menggunakan sebahagian daripada peruntukan yang bakal diterima untuk terus memperkasa acara berbasikal trek, yang sentiasa menghadirkan kejayaan cemerlang untuk negara di pentas antarabangsa.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada 7 Nov lalu, mengumumkan empat sukan berprestasi tinggi iaitu ragbi, badminton, hoki dan berbasikal, bakal mendapat peruntukan berjumlah RM55 juta.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) itu akan dibahas pada peringkat jawatankuasa selama 11 hari mulai Isnin (30 Nov).

-- BERNAMA

 




BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel