KUALA LUMPUR, 30 Nov -- Kerajaan akan memantau penggunaan peruntukan RM5.1 bilion bagi Sabah dan RM4.5 bilion untuk Sarawak dalam Belanjawan 2021, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata pemantauan itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) melalui Pejabat Setiausaha Persekutuan di kedua-dua negeri itu.
"Kami ingin melibatkan diri (dalam) dana yang diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak agar ia benar-benar digunakan bagi menyelesaikan perkara-perkara ditujukan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi portfolionya.
Terdahulu ketika sesi perbahasan, Chong Chieng Jen (PH-Stampin) mempersoalkan peruntukan untuk kedua-dua negeri dalam Belanjawan 2021 itu yang disifatkannya sebagai ketidakadilan yang begitu ketara dari segi peruntukan pembangunan.
Dalam pada itu, Maximus berkata pewujudan bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di bawah Jabatan Perdana Menteri buat pertama kali dikhususkan untuk meneliti hal dan hak kedua-dua negeri itu serta perkara-perkara yang difikirkan rakyat dan kerajaan negeri.
"Saya rasa ini pertama kali perkara mengenai Sabah dan Sarawak diletakkan bawah sebuah jabatan rasmi seperti sebuah kementerian. Kami yakin bahawa perdana menteri benar-benar mahu melakukan sesuatu (terbaik) untuk Sabah dan Sarawak dan kami percaya apa sahaja perancangan yang kerajaan lakukan, ia memerlukan sokongan semua ahli Parlimen,” katanya.
Sebelum ini kerajaan menubuhkan Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang ditubuhkan bagi memelihara hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel