BERITA

Peruntukan Belanjawan 2021 JPM, Kementerian Kewangan lulus peringkat j/kuasa selepas undi belah bahagian



KUALA LUMPUR, 30 Nov -- Peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankuasa hari ini selepas undi belah bahagian yang dijalankan menyaksikan lebih 100 Ahli Parlimen menyokong berbanding 95 yang tidak bersetuju.

Proses pengundian bagi JPM dan Kementerian Kewangan itu dijalankan apabila lebih 15 Ahli Parlimen bangun meminta undi belah bahagian dibuat selepas undian mengikut suara.

Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi JPM itu lulus selepas sejumlah 105 undi menyokong, 95 tidak bersetuju manakala 20 Ahli Parlimen tidak hadir dan bagi Kementerian Kewangan pula sejumlah 107 menyokong, 95 tidak bersetuju dan 18 orang tidak hadir.

Terdahulu, perbahasan belanjawan JPM melibatkan 18 Ahli Parlimen sebelum digulung oleh menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala 10 Ahli Parlimen menyertai perbahasan bagi belanjawan Kementerian Kewangan dan digulung oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Perbahasan, penggulungan dan pengundian di peringkat jawatankuasa dijadual sehingga 15 Dis. Esok tiga kementerian dijadual terlibat iaitu Kementerian Luar, Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Rang Undang-undang Perbekalan 2021 yang dibentang Tengku Zafrul pada 6 Nov, lulus di peringkat dasar Khamis lepas dengan undi suara terbanyak Ahli Parlimen setelah dua minggu dibahas dan melalui proses penggulungan selama empat hari.

Persidangan dewan bersambung esok.

-- BERNAMA

 

 




BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel