LAPORAN EKONOMI

Sektor pembuatan dijangka berkembang 4.1 peratus pada 2020

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Sektor pembuatan dijangka berkembang 4.1 peratus pada 2020 dipacu oleh peningkatan kukuh dalam industri berorientasikan eksport serta pertumbuhan mampan dalam industri berorientasikan domestik.

Permintaan domestik akan memacu pertumbuhan, berkembang 4.8 peratus pada 2020

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Permintaan domestik dijangka memacu pertumbuhan dan berkembang empat peratus pada 2019 dan 4.8 peratus pada 2020 meskipun berhadapan cabaran luaran berikutan ketegangan perdagangan yang berlarutan dan pergolakan geopolitik.


Kerajaan komited perluas asas hasil, tingkat kecekapan percukaian

KUALA LUMPUR, 11 Okt-- Kerajaan akan memperluas asas hasil, mengurangkan jurang cukai dan meningkatkan kecekapan cukai bagi memastikan kutipan hasil yang mampan.

Kerajaan komited kurangkan hutang dan pendedahan liabiliti

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Kerajaan komited untuk mengurangkan hutang dan pendedahan liabiliti, dan akan terus melaporkan kedudukan pendedahan yang komprehensif untuk meningkatkan pemantauan dan ketelusan.

Usaha promosi pembuatan berteknologi tinggi penting demi ekonomi mampan

KUALA LUMPUR, 11 Okt  -- Usaha mempromosi sektor pembuatan khususnya industri pengeluaran berkapasiti tinggi dan pintar perlu diutamakan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, bagi meningkatkan rantaian nilai di samping mengukuhkan daya saing di peringkat antarabangsa, menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020.

Prospek akaun semasa akan dipengaruhi permintaan global, domestik

KUALA LUMPUR, 11 Okt  -- Prospek bagi akaun semasa pada masa hadapan akan dipengaruhi oleh permintaan global dan domestik serta harga komoditi, demikian menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.


Pelaksanaan semula projek mega pacu sektor pembinaan pada 2020

KUALA LUMPUR, 11 Okt  -- Sektor pembinaan dijangka terus berkembang pada 3.7 peratus dipacu oleh langkah mempercepat dan melaksanakan semula projek mega serta pembinaan rumah mampu milik.


Inflasi dijangka berkembang dua peratus tahun depan

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Inflasi dijangka meningkat dua peratus pada 2020 disebabkan oleh jangkaan pengenalan subsidi minyak bersasar.

Peningkatan lima peratus produktiviti kelapa sawit akan tambah 0.1 mata peratusan pada KDNK

KUALA LUMPUR, 11 Okt   – Peningkatan lima peratus dalam produktiviti subsektor kelapa sawit akan menambah 0.1 mata peratusan kepada paras asas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019, demikian menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.


Pasaran ekuiti domestik dijangka kekal berdaya tahan pada 2020

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Pasaran ekuiti domestik dijangka kekal berdaya tahan pada 2020 disokong oleh asas makroekonomi yang kukuh, mudah tunai domestik yang mencukupi dan instrumen pasaran modal sedia ada yang teguh.



INTIPATI


EKSKLUSIF

SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Best viewed in Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) with 1920 x 1080 resolution