JOHOR BAHRU, 13 Okt -- Beberapa inisiatif yang melibatkan peningkatan akses kepada perumahan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020, dua hari lepas, diyakini akan membolehkan rakyat Malaysia termasuk negeri ini memiliki rumah impian mereka.
KUALA LUMPUR, 13 Okt -- Cadangan pemberian insentif untuk automasi, yang diumumkan dalam Belanjawan 2020, akan membantu meningkatkan keyakinan peniagaan dalam pelaburan automasi, kerana ia menunjukkan komitmen yang lebih kukuh daripada kerajaan dalam membangunkan teknologi revolusi industri keempat (Industri 4.0) dalam ekosistem tempatan.
JOHOR BAHRU, 12 Okt -- Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) percaya Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam menawarkan hala tuju dan landasan pembangunan ekonomi yang baharu kepada Malaysia.
JOHOR BAHRU, 12 Okt -- Peruntukan yang diumumkan kerajaan semalam dilihat seakan memberi 'lonjakan' Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dalam membangunkan industri nanas dalam negara.
KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Inisiatif untuk melonjakkan sektor digital bukan sahaja akan menguntungkan peserta e-dagang tetapi juga perusahaan kecil dan sederhana tempatan (PKS), kata Shopee.
KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Ringgitplus.com berharap kerajaan akan menghadkan insentif kepada e-dompet yang tidak membenarkan kemudahan pengeluaran wang tunai, sebagai respons kepada pemberian kredit RM30 ke dalam akaun e-dompet rakyat Malaysia pada awal tahun depan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020.
KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Microsoft Malaysia berkata sektor pendidikan memperoleh peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2020, sebanyak RM64 bilion, yang bermatlamat membangunkan bakat tempatan untuk masa hadapan, dan pada masa yang sama memperkasa pendidikan, pembangunan kemahiran dan bakat serta menyediakan asas ekonomi yang kukuh.
KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Tumpuan kerajaan dalam mengukuhkan institusi, tadbir urus dan integriti, penting dalam memulihkan keyakinan pasaran, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) Michele Kythe Lim hari ini.
GEORGE TOWN,12 Okt -- Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menyifatkan Belanjawan 2020 yang dibentangkan semalam sebagi belanjawan yang dinamik dan inklusif serta memberi keutamaan kepada kemakmuran rakyat dan pertumbuhan yang mampan.
KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) berkata walaupun penurunan had harga rumah untuk pembeli asing kepada RM600,000 merupakan langkah jangka pendek yang baik untuk menjual hartanah tidak terjual sedia ada, ini tidak sepatutnya menghalang pemaju daripada memberi tumpuan kepada perumahan mampu milik untuk segmen B40 dan M40.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) with 1920 x 1080 resolution