KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Pengenalan Akta Tanggungjawab Fiskal yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada 2021 akan mengukuhkan kewangan awam melalui peningkatan disiplin fiskal, keberkesanan perbelanjaan dan ketelusan.
KUALA LUMPUR, 11 Okt – Purata anggaran output potensi dijangka berada dalam lingkungan antara 4.8 peratus dan 5.0 peratus bagi tempoh 2018 hingga 2020, demikian menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Kerajaan membangunkan rangka kerja Analisis Kemampanan Hutang (DSA) untuk menjalankan analisis kemampanan hutang awam dan hutang luar negeri sebagai kaedah untuk mengesan dan mencegah krisis yang mungkin berlaku secara lebih baik.
KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Kerajaan meletakkan keutamaan kepada pertumbuhan ekonomi dengan penggunaan teknologi baharu secara meluas di samping menggalakkan pelaburan swasta dalam bidang berteknologi dan bernilai tinggi serta berasaskan pengetahuan untuk memacu negara ke arah status negara berpendapatan tinggi.
KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Keadaan monetari dan kewangan di Malaysia dijangka kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi, dengan operasi disokong oleh pasaran wang dan pasaran pertukaran asing serta aktiviti pengantaraan yang dinamik.
KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Kerajaan perlu mempunyai dasar yang fleksibel untuk memastikan pertumbuhan domestik terus kukuh dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Malaysia menduduki tempat pertama dalam Global Travel Index pada tahun lepas, menurut satu kajian di peringkat global oleh CrescentRating.
KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Pelbagai inisiatif termasuk peningkatan produktiviti dengan memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan terutamanya latihan semula dan peningkatan kemahiran akan dipergiat oleh kerajaan bagi meningkatkan pendapatan rakyat.
KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Produktiviti Faktor Keseluruhan (TFP) negara tidak meningkat seperti negara maju disebabkan terlalu bergantung kepada syarikat multinasional (MNC) dan pelaburan langsung asing (FDI) dalam meningkatkan eksport dan pemindahan teknologi.
KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Kedudukan kewangan sektor awam disatukan dijangka mencatatkan lebihan semasa yang lebih rendah sebanyak RM42.2 bilion pada 2019, disebabkan oleh peruntukan tunggakan bayaran balik cukai.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) with 1920 x 1080 resolution